Friday 13 December 2013

AHMAD ZAHID KATA SILALAH SAMAN….

Malaysiakini melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik.

Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

Terdahulu, ketika ditemu bual dalam program itu, Ahmad Zahid berkata beliau terbuka jika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan mendakwanya terlibat ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno 2013 minggu lepas.

"Kalau nak saman, saya terbuka. Jika mahu bukti, biar serahkan pada mahkamah dan pegawai-pegawai saya, tentu ada bukti yang cukup untuk dikemukakan. Silakan," katanya.
Kenyataan Ahamd Zahid ini adalah semata-mata retorik dan hemegomi politik bagi menakutkan dan meraih sokongan orang melayu.Beliau dengan egonya mencabar mat sabu supaya meneruskan tindakan saman dibuat terhadapnya.Beliau semacam percaya 100 peratus dengan bukti-bukti yang beliau ada.

Yang menjadi tanda tanya,sekiranya beliau serious menangani isu syiah ini kenapa tidak tangkap dulu ketua Syiah Malaysia,Mohd Kamil Abd Aziz yang terang-terang mempunyai ramai pengikut.Begitu juga dengan ketua syiah kedah yang terang-terang tiada bertakiyyah membuat laporan polis dan bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mufti kedah kerana didakwa mereka mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung syiah.

Kenapa harus hala isu Syiah itu kepada Timbalan Presiden Pas?kenapa apa?kerana tidak lain dan tidak bukan kerana keuntungan politik semata-mata.

Thursday 12 December 2013

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS PERJUANGAN TERAKHIR AL-SYAHID ABDUL KADIR

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS 10 Safar 1435/ 13 Disember 2013
PERJUANGAN ISLAM TIDAK BERAKHIR DENGAN SYAHIDNYA ABDUL QUADER MOLLA DARI JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH
Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 – 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran. Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh. Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.
Kepada pendokong Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-Syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyinsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar !.
Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Malaysia

IBRAHIM ALI KAGUM GILA PADA IMAN KHOMEINI..SAKSIKAN VIDEONYA



Presiden perkasa teramat kagum dengan Iman Khomeini…Adakah dia juga Syiah seperti tuduhan terhadap Mat sabu???Minta Ahmad Zahid siasat ni.

Saksikan video ini…jangan anda menontotnya dikata Syiah pulak!!!

kahkahkahkah

MANGSA BANJIR KELAPARAN TAPI ROSMAH ENJOY SAMBUT BIRTHDAYS

Sambutan menyambut ulangtahun Puan Rosmah Mansur dilaporkan diraiikan pada 10hb disember 2013 yang lalu dengan acara gilang gemilang dan grand.Beliau yang dikelilingi dalam majlis tersebut oleh para pembodek kiri dan kanan hingga lupa dirinya pendek kentot.

Rakyat disuruh berjimat cermat,kalau boleh disuruh makan ubi kayu siang dan malam.Itupun ubi kayu sudah naik harga bukan macam harga dulu-dulu lagi.Paling menyedihkan aku Majlis menyambut kononnya wanita pertama malaysia di kala rakyat berlapar kerana musibah banjir yang menimpa rakyat marhean di pahang,trengganu,kelantan dan Johor.Segala macam pembelanjaan majlis tersebut sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk membeli bekalan makanan,ubatan dan khemah untuk keselesaan mangsa banjir.Oh,lupa... khemah tak sesuai kata Menteri Air liur leleh Umno.

lihatlah gambar-gambar gemerlapan di hari Majlis kelahiran  bik mama ni,aku kagum kat Rosmah ni,kerana boleh tundukkan semua Menteri kabinet tapi tak semestinya fahaman aku macam dia.

AL-FATIHAH UNTUK AL-SYAHID SHEIKH ABDUL KADIR MULLAH

 
Pemimpin utama Jamaat Islami Bangladesh Al-Syahid Sheikh Abdul Kadir Mullah menemui Tuhannya apabila dihukum gantung sampai mati oleh kerajaan Bangladesh hari ini jumaat pada jam 12 tengahari tadi.

Beliau sempat bertemu isteri dan ahli keluarganya dan memberikan kata terakhir sebelum digantung dalam keadaan yang penuh ketenangan.

Inshaa Allah ganjarannya syahid seperti yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang menginfaqkan diri mereka kepada perjuangan Islam.
Sedih lagi pilu,yang menjatuhkan hukuman dan menolak rayuannya adalah saudara-saudara sebangsa dan seislam sendiri.Inilah dia sifat penguasa zalim yang takutkan nikmat kekuasaannya akan tergugat tapi ingat Allah akan tarik nikmat itu bila-bila masa bukan sekarang tapi pada masa ia sampai kemuncaknya.

Diharapkan kita dapat sedekahkan Al-fatihah dan menunaikan solat ghaib untuk Al-syahid.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Takbir!!!!

SEJARAH HITAM KE TAKUT POPULARITI MENURUN WAHAI UST KAZIM???

Dalam satu temu ramah eksklusif Ust Kazim bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di Ipoh awal minggu ini,beliau tertekan dengan sejarah hitam hubungannya dengan PAS dipercayai menjadi punca Mohammad Kazim Elias atau Ustaz Kazim mengambil tindakan menolak pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Ust Kazim berkata,"Jika saya menerima jawatan ini, orang akan fitnah saya dan juga Perdana Menteri dengan pelbagai perkara hanya kerana saya ahli Majlis Tertinggi Umno," kata Kazim dalam satu temu ramah eksklusif bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di Ipoh awal minggu ini.
Najib melantik Kazim walaupun melanggar perlembagaan Umno kerana hanya mereka yang menjadi ahli parti itu selama sekurang-kurangnya tiga tahun boleh dilantik ke jawatan ini.
Kazim tidak pernah menjadi ahli Umno akan tetapi menyertai PAS bersama dengan Datuk Dr Hasan Ali pada tahun 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Kazim jelas kelihatan bimbang, jika dia menerima jawatan MT Umno kali ini, tekanan kepadanya semakin teruk lagi kerana kebanyakan pelajarnya kini terdiri daripada penyokong atau anak kepada anggota PAS.
Ust kazim mengakui bahawa ramainya yang hadir majlis ilmu serta menghantar anak ke madrasah beliau adalah dari kalangan penyokong PAS.Ust kazim mungkin akan menjangka nasibnya akan menjadi seperti Ust Nakaie Ahmad,Iman Firdaus dan Ustazah Masitah dan beberapa lagi Agamawan dalam Umno yang terus lenyap begitu sahaja setelah menyertai Umno.
Fikir-fikirlah kazim….

RAMAINYA PEMIMPIN SYIAH DI MALAYSIA…UMNO PUN ADA?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.
"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
                                     
Bukti yang didedahkan oleh KDN atas tuduhan yang dibuat zahid hamidi terhadap Timbalan Presiden pas Mat Sabu penganut fahaman syiah hanyalah fakta kekaguman beliau ke atas kepimpinan dan perjuangan revolusi Iran tahun 1979 yang diterajui oleh Iman Rhollah Khomeini.
Adakah kekaguman terhadap seseorang itu boleh membawa kepada seseorang kepada agama idolanya?kegum dengan pemain bola sepak Messi atau David bekham,Adakah saya boleh dikatakan penganut agama pemain tersebut?Hujah yang dinyatakan adalah lemah dan tidak boleh digunapakai.
Selain Mat Sabu pengkagum Khomeini,presiden perkasa Pok Ibrahim Ali juga pengkagum khomeini.Beliaulah orang Malaysia pertama dapat bertemu dengan khomeini di Paris sebelum revolusi Iran berlaku,Adakah beliau juga penganut Syiah?kenapa beliau tak dilibatkan?Ini adalah satu perancangan jahat sebenarnya untuk menghancurkan parti PAS oleh pemimpin UMNO.
Hasil daripada pendedahan tersebut bekas anggota Menteri kabinet  Dato Saifuddin menbidas pendedahan tersebut didalam twitternya.
Bagaimana pulak dengan lawatan pemimpin IRAN ke Malaysia yang disambut oleh pemimpin UMNO,adakah mereka juga Syiah?



kenyataan yang amat mengelirukan adalah kenyataan daripada  Menteri Agama UMNO Jamil khir. Beliau berkata pengikut syiah dilarang sebar fahaman tetapi bebas untuk mengamalkannya,Adakah beliau juga syiah,kerana membenarkannya?

Beliau sepatutnya ditangkap oleh jakim kerana kenyataannya ini.Memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk menganut fahaman Syiah apadahal Pak Menteri Zahid hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa syiah ini amat membahaya jika dibenarkan diamalkan ajarannya di Malaysia kerana boleh mengakibatkan negara kacau bilau seperti iraq.

Berbalik semula kepada kagum tadi…Persoalan Besar,Adakah saya duduk di Malaysia mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan UMNO ( barang naik,tarif elektrik naik,Minyak naik,harga rumah naik,toll naik dan tambang Lrt pun naik terpaksa juga ikut) dan perlembagaan yang UMNO reka,Adakah saya juga boleh dikatakan penyokong Umno?

LUAHAN HATI AJK CAWANGAN UMNO…KENAPA MAU LAGI SOKONG????

Assalamualaikum Pak Syed.

Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim, agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat. 

Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.


Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun (Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.


Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti, bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '. Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.


Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar , tidak pernah. Maka sayapun mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu. 


UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.


Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima. Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala tanggungjawab dilaksanakan.Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.


Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakinbanyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India) Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamukpun pengsan kerana asapnya.


Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa sebenarnya, tiada.


Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.


Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.


Ada orang memberitahu  saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar negara '.


Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.


Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?


Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.


Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.


Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong. 


Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.


PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"P


Coretan ini saya ambil dari blog syedsoutsidethebox.blogspot.com.

Bilamana saya membaca warkah yang ditulis ini terdetik dihati saya,adakah si penulis ini  masih setia mendukung perjuangan parti ketuanan melayu? 

Ternyata apa yang diluahkan oleh penulis sama sekali benar.teringat saya dalam ucapan pengulungan najib dalam PAU baru-baru ini,beliau berkata hanya umnolah tempat bangsa melayu bergantung,tanpa UMNO akan gelaplah masa depan  orang melayu di bumi sendiri.

Kalimah retorik dan hegemoni politik berterusan begini,sampai bila harus melayu  mempercayainya hingga terus ditipu oleh umno atau adakah melayu sendiri reda dengan apa yang menimpa angkara umno.

Mungkin perasaan ketakutan melampau tahap gaban dimomokkan oleh umno bahawa jika Umno kalah dalam PRU bermakna cina dap akan memerintah.jika itu alasan,anda bukan orang yang berilmu dan anda sememangnya buta politik.



Wednesday 11 December 2013

AHLI PARLIMEN DAN PEMUDA UMNO MALAYSIA CEROI


                                 
Pemimpin UMNO tidak kira pemimpin utamanya,pemimpin peringkat bahagian,cawangan,Jkk hatta wanita,pemuda dan puterinya matlamat perjuangan mereka di dalam UMNO hanya ada 2 sahaja, iaitu nak jadi kaya dan berkuasa.Pukul cananglah merata kononnya nak bela melayu dan Islam,itu hanyalah kalimah retorik semata-mata.
Saya nak ulas tentang lakonan hebat lagi mantap pemimpin pemuda UMNO yang turun padang bagi membantu masa banjir di pusat pemindahan Banjir Sementara Sekolah Menengah kebangsaan Sg Isap Murni kuantan yang heboh diperkatakan di Alam Maya.

Menurut sumber Shahih yang diperolehi dari Orang kuat UMNO sendiri,sekumpulan pemuda UMNO MALAYSIA bukan UMNO cawangan beb,dikepalai oleh Naib ketua pemuda Umno Malaysia yang baru khairul Azwan Harun telah datang dengan diiringi oleh beratus pemuda harapan bangsa dengan menaiki berbagai jenis jenama kereta mewah.
Datang katanya nak buat gotong royong membantu mangsa banjir, rupa-rupanya datang sekadar berposing dan ambil gambar sahaja selepas itu menghilangkan diri ntah kemana.Memang sifat dan pembuatan menipu rakyat ini terserlah sudah sejak di alam pemuda lagi,amalan yang tidak boleh dipisahkan dari jiwa mereka.Inilah didikan najib mengikut acuan kalimah najib, 'mendengar degupan nadi rakyat' seiring dengan slogan 'rakyat didahulukan"
Contoh yang amat terpuji ini dari barisan muda pemimpin umno masa depan.Nasihat saya kepada yang masih menyokong Umno kaw-kaw,saya nak bagitahu anda tiada sedikitpun dari hati dan jiwa naluri mereka ini yang ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat.Apa yang ada di kepala hotak mereka hanyalah nak penuhkan kantong dan perut masing-masing.saya juga akui bukan semua tapi yang ramainya mempunyai sifat sebegitu.

Di Maran pahang,ketua dewan Muslimat PAS YB Zailah Mohd yusuf telah dihalang dari mengziarahi dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah kebangsaan Afzan,Chenor,Maran oleh Ahli parlimen Maran merangkap timbalan menteri sumber manusia Dato Ismail Mutalib.

Sepatutnya sebagai status timbalan menteri beliau lebih bersikap profesional.tidak kira fahaman politik mana-mana sekiranya pemimpin pembangkang yang datang ingin menghulurkan sumbangan kena raiikan.bukan semua yang ada didalam pusat pemindahan itu penyokong UMNO.kejadian seperti ini adalah salah satu hikmah sebenarnya pada pakatan rakyat dan ia boleh membuka mata dan hati rakyat siapa yang lebih bertamadun.


Akhirnya,Tahniah saya ucapkan kepada penduduk Tanah Putih Baru,seramai 100 orang penyokong tegar UMNO cawangan disitu  telah isytihar keluar umno dan menyertai PKR kerana UMNO telah gagal membela mereka semasa bencana banjir berlaku.
lakonan mantap yang disajikan oleh pemuda umno Malaysia dan sikap Ahli parlimen Maran  akhirnya berjaya membuka pekung di dada sendiri.kelakuan dan penipuan ala 60-an sudah tidak dapat meracuni fikiran rakyat.bab kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tangga jua.

Ayuh bangkit tumbangkan Umno.

TUN HANIF BIMBANG KESUCIAN ISLAM DIPERMAINKAN…BIAR BETUL NI BEB!!!!

Laman Malaysiakini melaporkan bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar berucap dalam jamuan teh diraja bersama pesara kerajaan sempena ulang tahun ke-68 Sultan Selangor,menyatakan kesedihannya terhadap kecederungan pelbagai pihak, termasuk pemimpin negara memainkan isu yang tidak timbul sebelum ini, seperti kedudukan istimewa Bumiputera. 

Katanya, bukan itu sahaja, malah kedudukan raja-raja pun mula disentuh dan kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan pula dibangkit dan dipermainkan dan ia boleh mendatangkan keadaan yang menyebabkan perasaan rakyat, khususnya orang Melayu dan umat Islam tidak lagi dipedulikan.

"Masya-Allah, semacam ada satu grand design (perancangan besar) yang sedang digerakkan yang pada pandangan patik, jika tidak di kawal dengan bijaknya boleh menghancurkan negara," katanya.

Tepat sekali kata-kata Tun Mahathir,"MELYU MUDAH LUPA'Tun hanif tidak menyedari bahawa diri beliau sendiri adalah timbalan pengerusi syarikat genting berhad,syarikat judi terbesar di rantau Asia.Islam mencegah sekeras-kerasnya pembuatan judi dan yang sewaktu dengannya.

Bagi Tun Hanif untuk menghalalkan beliau memegang jawatan timbalan pengerusi syarikat judi genting itu, beliau pernah mengatakan bahawa beliau tak jumpa ayat di dalam al-quran yang melarang judi.

Persoalannya untuk kita fikirkan,apa perlu Tun Hanif bersedih dengan perasaan umat islam di Malaysia padahal pembuatan beliau selaku Timbalan syarikat judi terbesar sudah lama menguris hati dan perasaan ramai Umat Islam di Malaysia.

Jangan halakan kesalahan kepada orang lain.

PERANGAI PEMIMPIN UMNO YANG TIDAK DISEBARKAN OLEH UTUSAN MELOYAN.

Ada di kalangan anda yang belum menyaksikan pendedahan dari Yb Saifuddin ini di parlimen.Macam mana pemimpin UMNO ini hendak mempertahankan ISLAM,kalau arak dan judi pun diamalkan.
Bila isu Menteri besar PAS PERAK,Pas dituduh boneka dan kuda tunggangan DAP oleh UMNO tapi hakikat sebaliknya.Inilah penjelasan sebenar yang dijelaskan oleh Ahli parlimen Marchang Yb Saifuddin dan Ahli parlimen Gombak Yb Azmin Ali dimana pencerahan mengenainya ini  tidak disiarkan oleh media eletronik dan cetak.
Di selangor pemimpin BN mengamalkan semangat 1MALAYSIA dalam mengaut dan merampas tanah rakyat.Pendedahan yang dibuat oleh Adun Sekinchan Yb Ng sue lin ( DAP ) mengambarkan selama ini Pemimpin BN tidak ikhlas dalam membantu rakyat.Memang padanlah BN ini kalah di negeri Selangor.
Beginilah perangai pemimpin UMNO SABAH Bung Mokhtar Raden yang memperlikan serta mempersendakan Ahli parlimen kuantan YB PKR itu apabila beliau memohon usul tergempar mengisytiharkan daurat akibat banjir di  kuantan.Sepatutnya beliau menyokong demi keselamatan rakyat kuantan yang bertarung dengan maut dikala banjir mengengelamkan bandar kuantan pahang.

Saksikan lah dan nilailah sendiri dengan mata hati anda.


LAGU BARU DAN LAMA PAS

Jom kita layan lagu lama dan terbaru PAS



Tuesday 10 December 2013

UMNO TIADA KUASA KE ATAS BANGSA MELAYU

Sejarah sudah membuktikan betapa firaun dimusnahkan oleh Allah kerana sifat riak
Sombong dan takkabur bilamana kuasa berada di tangannya.Allah SWT meninggalkan kesan kejahatan beliau apabila dimusnahkan sebagai peringatan kepada manusia selepasnya.
Manusia pada hakikatnya tidak punya kuasa sedikitpun di muka Bumi ini.Apabila kuasa yang dipegang terlalu lama maka manusia akan merasakan mereka ah yang berkuasa mengatasi kekuasaan Allah yang maha besar.Itu fitrah dan sunatuallah manusia sejak zaman nabi dan rasul lagi.

Apa yang saya cuba lontarkan adalah pemimpin UMNO merasakan bahawa mereka seolah-olah boleh berkuasa hingga ke hari kiamat?Adakah Mereka Sudah lupa bahawa Allah telah musnahkan Firaun atas keangkuhannya,begitu juga namrud dan raja-raja dizaman para Nabi dan rasul.

Pemimpin UMNO terang-terangan berpura-puraan dalam urusan agama,tidak melaksanankan perintah Allah di dalam Al-Quran.Memperjuangkan dan mempertahankan Islam di bibir tetapi di hati dan jiwa jauh menyimpang.

Saya tunjukan gambar ini utk anda nilaikan.

Manusia tidak akan Kekal kuasanya dan Allah boleh cabut nikmat kuasa sekelip mata.yang Kekal kuasanya hanya Allah menguasa sekelian Alam.