Thursday 12 December 2013

RAMAINYA PEMIMPIN SYIAH DI MALAYSIA…UMNO PUN ADA?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.
"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.
                                     
Bukti yang didedahkan oleh KDN atas tuduhan yang dibuat zahid hamidi terhadap Timbalan Presiden pas Mat Sabu penganut fahaman syiah hanyalah fakta kekaguman beliau ke atas kepimpinan dan perjuangan revolusi Iran tahun 1979 yang diterajui oleh Iman Rhollah Khomeini.
Adakah kekaguman terhadap seseorang itu boleh membawa kepada seseorang kepada agama idolanya?kegum dengan pemain bola sepak Messi atau David bekham,Adakah saya boleh dikatakan penganut agama pemain tersebut?Hujah yang dinyatakan adalah lemah dan tidak boleh digunapakai.
Selain Mat Sabu pengkagum Khomeini,presiden perkasa Pok Ibrahim Ali juga pengkagum khomeini.Beliaulah orang Malaysia pertama dapat bertemu dengan khomeini di Paris sebelum revolusi Iran berlaku,Adakah beliau juga penganut Syiah?kenapa beliau tak dilibatkan?Ini adalah satu perancangan jahat sebenarnya untuk menghancurkan parti PAS oleh pemimpin UMNO.
Hasil daripada pendedahan tersebut bekas anggota Menteri kabinet  Dato Saifuddin menbidas pendedahan tersebut didalam twitternya.
Bagaimana pulak dengan lawatan pemimpin IRAN ke Malaysia yang disambut oleh pemimpin UMNO,adakah mereka juga Syiah?



kenyataan yang amat mengelirukan adalah kenyataan daripada  Menteri Agama UMNO Jamil khir. Beliau berkata pengikut syiah dilarang sebar fahaman tetapi bebas untuk mengamalkannya,Adakah beliau juga syiah,kerana membenarkannya?

Beliau sepatutnya ditangkap oleh jakim kerana kenyataannya ini.Memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk menganut fahaman Syiah apadahal Pak Menteri Zahid hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa syiah ini amat membahaya jika dibenarkan diamalkan ajarannya di Malaysia kerana boleh mengakibatkan negara kacau bilau seperti iraq.

Berbalik semula kepada kagum tadi…Persoalan Besar,Adakah saya duduk di Malaysia mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan UMNO ( barang naik,tarif elektrik naik,Minyak naik,harga rumah naik,toll naik dan tambang Lrt pun naik terpaksa juga ikut) dan perlembagaan yang UMNO reka,Adakah saya juga boleh dikatakan penyokong Umno?

2 comments: