Tuesday 24 December 2013

BILA MAMAK LALOK PILL KUDA???


Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat agar hadir ke Perhimpunan BERSIH 4.0 pada 31 Disember ini.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, laman sosial tersebut semakin terdesak sehingga mengatakan akan menggunakan bom pada perhimpunan tersebut.
Tegasnya, pihak NGO sendiri akan bertindak menghalang penganjuran BERSIH 4.0 sekiranya pihak berkuasa gagal mengambil sebarang tindakan terhadap pihak terlibat
"Sekiranya insiden pada 31 Disember ini berlaku, kalau pihak KDN tidak ambil berat atau pun tidak ambil tindakan tegas kita akan berkumpul beramai-ramai dihadapan KDN untuk menyerahkan satu nota bantahan.
Adakah anda masih ingat dengan NGO Ikhlas ini?NGO inilah yang  menyerahkan memorandum bagi menuntut ganti-rugi ekoran penganjuran perhimpunan Bersih 2.0 kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM.
Ganti-rugi berjumlah RM 817, 205 itu dituntut 317 peniaga kecil yang terpaksa menanggung kerugian semasa perhimpunan berkenaan terhadap Pengerusi Bersama Bersih 2.0 - Datuk S.Ambiga serta Pemuda UMNO yang mengadakan Perhimpunan Patriot.                                              
Tuduhan yang dilamparkan bikin aku tergelak besar dengan kebodohan mereka.Apa lagi yang mereka nak tunjuk? kebangangan dan kebodohan taraf gaban ke?cukup-cukuplah mengipas itu.Dulu masih teringat dituduhnya peserta himpunan guna Molotov koktail sekarang dituduhnya nak guna bom pulak.Dashyat betul penyokong-penyokong PR ni.
Yang paling aku nak tergelak sampai terkeluar air mata,bila masanya 31 Disember ni himpunan BERSIH 4.0?Yang nak dianjurkan ialah  himpunan yang digerakkan oleh SAMM itu namanya 'Protes Rakyat Ambang 2014' bukannya BERSIH 4.0.Saya rasa mamak ini samada beliau lalok pil kuda ataupun mabuk air ketum.

No comments:

Post a Comment