Thursday 19 December 2013

PERKARA SUNAT DIHARI JUMAAT

Hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari,Hari yang penuh dengan keberakatan dan kelebihan.
Pada hari Jumaat sebahagian dari masyarakat Malaysia mengamalkan bacaan yasiin yang dilakukan di Surau dan Masjid dan ia sudah menjadi semacam perkara wajib bagi orang melayu bila tibanya hari jumaat.tetapi adakah kita mengetahui bahawa baginda rasullallah membaca bahawa Surah al kahfi pada hari Jumaat?

Bicara saya hari ini ialah,saya ingin berkongsi kepada anda semua fadhilat hari Jumaat dan fadhilat membaca surah Al-kahfi.Semoga perkongsian saya ini dapat membuka sedikit minda untuk anda memperlajari lebih jauh lagi tentang ilmu Allah SWT yang serba luas ini.

Dengan ini juga ,saya menlahirkan perasan gembira saya apabila Sultan Johor berkenan meluluskan cuti mingguan pada hari Jumaat mengantikan pada hari Ahad bermula awal tahun depan.Saya juga ingin mengucapkan jutaan Tahniah kepada seluruh rakyat Johor dan berharap agar cuti jumaat itu dapat di manafaatkan sebagai medan pengisian ilmu bagi seluruh rakyat Johor.

Semoga kita semua beroleh manafaat daripada perkongsian ini,

TAKBIR!!!!
KELEBIHAN HARI JUMAAT

Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah  mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

 3. Penghulu segala hari.

 Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

 Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

 5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama'  berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya  : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi." 

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :  

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat.   Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".  (Hadis Riwayat Tarmizi)       

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.    Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.    

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas 

5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:  "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Sahabat,
Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

by Abu Basyer

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Hari Jum’at merupakan hari yang mulia. Bukti kemuliaannya, Allah mentakdirkan beberapa kejadian besar pada hari tersebut. Dan juga ada beberapa amal ibadah yang dikhususkan pada malam dan siang harinya, khususnya pelaksanaan shalat Jum’at berikut amal-amal yang mengiringinya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ
“Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jum’at. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. . . . “ (HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)
Amal khusus di hari Jum’at
Pada dasarnya, tidak dibolehkan menghususkan ibadah tertentu pada malam Jum’at dan siang harinya, berupa shalat, tilawah, puasa dan amal lainnya yang tidak biasa dikerjakan pada hari-hari selainnya. Kecuali, ada dalil khusus yang memerintahkannya. Hal ini berdasarkan hadits dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda;
لَا تَخُصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ ، إلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ
“Janganlah menghususkan malam Jum’at untuk mengerjakan shalat dari malam-malam lainnya, dan janganlah menghususkan siang hari Jum’at untuk mengerjakan puasa dari hari-hari lainnya, kecuali bertepatan dengan puasa yang biasa dilakukan oleh salah seorang kalian.” (HR. Muslim, al-Nasai, al-Baihaqi, dan Ahmad)
Membaca surat Al-Kahfi
Salah satu amal ibadah khusus yang diistimewakan pelakasanaannya pada hari Jum’at adalah membaca surat Al-Kahfi. Berikut ini kami sebutkan beberapa dalil shahih yang menyebutkan perintah tersebut dan keutamaannya.
1. Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
2. Dalam riwayat lain masih dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadits hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadits ini adalah hadits paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)
3. Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.”
Al-Mundziri berkata: hadits ini diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. (Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298).”  (arrahmah.com)

KETAKUTAN MACAI UMNO BILA PANDANG WAJAH TG NIK AZIZ DAN UAI

PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti itu kerana meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal pelekat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kenderaannya. Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis. 

Kebanyakan pengguna laman sosial itu, mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti kerana menyekat kebebasan pelajar untuk berpolitik. Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'. Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak. Menurut sumber, satu risalah dikatakan telah diedarkan sebelum itu yang melarang pelajar universiti tersebut membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus. 

Pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang 
komen ~ mStar

Adalah menjadi kesalahan besar bilamana menampal gambar-gambar ahli politik pembangkang maupun ulamak yang mirip dengan perjuangan pas di kampus UITM.Undang-undang apakah yang Macai  Umno gunakan ini?Adakah undang-undang rimba yang dipinjam daripada cheetah atau ciptaan kepala hotak sendiri?

Hairan dengan puak-puak macai,,ketakutan mereka tahap melampau hinggakan stiker ada gambar TG Nik Aziz dan UAI pun boleh mendatangkan angin satu badan???

Yang pasti gambar Rosmah dan kak izat lembu dibenarkan.

Wednesday 18 December 2013

JURUCAKAP KERAJAAN JUARA BODEK 1MALAYSIA

Langkah kerajaan menaikkan pelbagai kadar, sekali gus mengurangkan subsidi, mungkin tidak popular, tetapi ia baik untuk ekonomi dan "baik untuk rakyat", kata jurucakap kerajaan.

"Untuk mempertahankan ekonomi kukuh Malaysia, kita perlu menjadikan perbelanjaan kita terkawal. Ini bermaksud menaikkan beberapa kadar dan memotong beberapa subsidi.

Langkah itu juga perlu bagi mengekalkan kedatangan pelabur dan membantu Malaysia pertumbuhan kukuh dalam bidang pekerjaan dan pendapatan sejak empat tahun lepas.

Penggal kedua pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan kenaikan petrol dua kali tahun ini, diikuti dengan harga gula. Tarif elektrik, kadar kos pengangkutan awam dan tol di 15 lebuh raya pula dilaporkan meningkat tahun depan.Cukai barangan dan perkhidmatan pula akan diperkenalkan pada 2015.
Apakah punca Utama yang menyebabkan kerajaan perlu menaikkan pelbagai kadar dan mengurangkan subsidi?Adakah kerana amalan rasuah yang berlaku atau keborosan pembelanjaan oleh kerajaan?Pelbagai Jawapan lucu yang datang dari Menteri kabinet Umno BN yang Mana jawapan yang diberi umpama pelajar-pelajar tadika.kerajaan perlu menerangakan punca sebenar dengan memberi fakta yang boleh diterima pakai oleh rakyat.Apa yang pasti keborosan dan amalan rasuah inilah antara penyebab utama rakyat menanggung beban kerajaan.

PUTING BELIUNG DI JOHOR ADAKAH IA SATU AMARAN????

Sempadan antara Johor dan Singapura petang semalam berlaku Puting Beliung yang tidak pernah berlaku sebelum ini.fenomena yang berlaku hanya pembentukan diatas awam tidak mencecah hingga ke daratan,jikalau ia mencecah ke daratan sudah pasti mendatangkan kemusnahan harta benda dan nyawa.
Adakah ini suatu amaran daripada langit?Negeri Johor khabarnya akan membina pusat perjudian yang akan diusahakan oleh syarikat swasta bagi menarik pelancong.Amaran ini sebagai mukadimah agar masyarakat Islam melakukan sesuatu bagi menghalang kerja-kerja maksiat ini.

ingat!!!Jangan biarkan kemusnahan berlaku baru nak menginsafinya.

54 PERATUS RAKYAT KATA HUJAH EKONOMI BANYAK AUTA


 Malaysiakini melaporakan Lebih dari separuh responden yang ditinjau oleh pusat kajian MerdekaCenter berkata mereka “tidak percaya dengan kenyataan kerajaan mengenai ekonomi”.
Malah, seorang dari setiap lima orang yang diselidik dalam tinjauan itu berkata mereka “amat tidak percaya” dengan kenyataan berkenaan.Tinjauan berkenaan meminta responden menyenaraikan masalah utama yang dihadapi negara ini dan mendapati isu ekonomi menjadi kebimbangan utama yang digariskan oleh 67 responden.
Bagaimana hendak RAKYAT marhean nak percayai Kerajaan UMNO BN pimpinan Najib ini?Sudah kerap kali didapati menipu rakyat terang-terangan.Sebagai contoh yang terbaru ini kenaikan  Tol.Ini belum keborosan yang dilakukan mengunakan duit rakyat.

Membazirkan hampir RM7.2 bilion duit rakyat untuk membayar consultant luar negara hanya membaiki imejnya yang buruk bagi memberi gambaran positif mengenai pimpinan beliau dan negara.Pembelanjaan ini sudah tentu bukan keperluan rakyat.pembelanjaan untuk itu sahaja bermakna dalam satu hari beliau mengunakan hampir 5 juta sehari untuk menipu rakyat dan masyarakat dunia.Itu belum termasuk belanja kegunaan rosmah lagi.
KEPADA PENYOKONG TEGAR UMNO,Undilah lagi dan lagi!!!semua ini adalah angkara anda.

LEBIH BAIK KETUA PUTERI UMNO NASIHAT NAJIB SUPAYA BERJIMAT

Puteri UMNO saran tiga langkah atasi isu peningkatan kos sara hidup
18 Dis 2013

Pergerakan Puteri UMNO menyarankan tiga langkah penting bagi dilaksanakan rakyat, kerajaan, syarikat awam serta swasta untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata masalah yang dipandang serius dan menghimpit terutamanya golongan muda itu mampu diatasi sekiranya semua pihak bekerjasama melaksanakan langkah digariskan pergerakan itu.

"Langkah pertama bermula dengan rakyat sendiri perlu sedar tentang kepentingan meningkatkan kesedaran untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti mengurangkan bil bulanan," katanya.
Langkah kedua ialah menggalakan 'kaedah hijau' di kalangan rakyat, kerajaan serta syarikat, antaranya dengan meningkatkan usaha kitar semula dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.
Langkah ketiga ialah kerajaan perlu memantau syarikat monopoli berkepentingan awam supaya syarikat itu tidak mendapat keuntungan melampau tanpa memberikan bebanan kepada rakyat.
RAKYAT disuruh berjimat sakan tapi pemimpin gasak duit rakyat tanpa ada penjimatan hingga rakyat menanggung beban kemudiannya.kalau guna pembelanjaan sendiri tak apa,ini guna duit rakyat.

Ketua puteri UMNO rasanya ini tidak tahu apa yang diucapkannya itu.Ucapannya itu samada nak kipas najib atau nak menghalalkan apa yang telah kerajaan lakukan.

Apa kata suruh ketua puteri umno ini menunjukkan contoh dahulu macamana dia kurangkan perbelanjaan dan bil bulanan rumah dia? Macamana dia guna ‘kaedah hijau’ di rumah dia? Keuntungan melampau tu banyak mana?

Tuesday 17 December 2013

BUKTI NAJIB MUNGKIR JANJI??


PUTRAJAYA, 20 Sept 2011– Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.

Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

“Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini... bukan perkara baru,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kita ada agenda yang amat jelas... pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri  Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana hari ini.

Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta.



19 Januari 2013 - “Saya pantang orang mungkir janji, saya rasa rakyat Selangor pun begitulah sebab kita rasa kena tipu, saya tak suka orang tipu saya, orang lain saya tak tahulah....

“Tapi saya percaya, kita ni kalau dengan manusia kena pegang pada janji, jadi BN kalau diberi mandat di Selangor, kita akan lakukan usaha lebih baik serta bersungguh-sungguh untuk mewujudkan pentadbiran yang benar-benar memenuhi inspirasi kehendak dan jangkaan rakyat Selangor,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pendengar radio SelangorBN.FM ketika diwawancara DJ radio itu M Kavimani atau DJ Kavi sejurus melancarkan siaran radio berkenaan di Ibu Pejabat Umno Selangor, di sini jam 12.30 tengah hari semalam.

Demikianlah kata-kata manis Najib sebelum pru13 yang lepas untuk meraih undi.sekarang apa dah jadi?Siapa kaki klentong sekarang?bukan main sedap mulut menghentam dan menuduh pembangkang hingga lupa diri sendiri hanya manusia biasa.

Apa yang dikatakan olehnya terpecik ke muka beliau sendiri.

PENIPUAN TOL OLEH NAJIB KANTOI

KUALA LUMPUR 17 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional.

Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah ‘mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat’.

Tapi malangnya manifesto ini sudah dipadamkan daripada website rasmi mereka.
Penipuan terang-terangan oleh Najib,tapi apakan daya ada segelintir masih tetap mempercayai dan menyokong agar partinya terus memerintah dan berkuasa.walaupun rakyat ditindas dengan kenaikan harga segala macam kerperluan asas.

Tapi penipuan yang dilakukan oleh najib sangat mudah dikesan dan dibongkar.Penipuan yang bukan setaraf first class atau setaraf gred A.Penipuan class bawahan seperti dirinya sendiri.

BR1M DIBERI TAHUN DEPAN HELAH UNTUK MENUTUP MULUT RAKYAT

Malaysia insider melaporakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Setelah digasaknya rakyat dengan berbagai kenaikan harga barang serta perkhidmatan dan keperluan asas kehidupan maka tiba masanya Umno bagi sogokan untuk menutup mulut rakyat dengan pemberian wang BR1M yang tidak seberapa ini.Ini adalah tektik untuk menawan hati rakyat.

Adakah rakyat akan termakan dengan habuan ini dan mengembalikan sokongan RAKYAT kepada Umno?Adakah dengan pemberian BR1M ini mampu untuk menampung kehidupan rakyat yang kian tersepit?Anda menilalah sendiri.

Terima kasih kepada pengundi umno…undilah lagi dan lagi!!!

UMNO DAN SYIAH SERUPA SAHAJA...

Kenyataan Ahmad Zahid menjadi tajuk utama akbar kebelakangan ini kerana tuduhannya terhadap timbalan presiden pas Mat Sabu yang dikatanya seorang penganut syiah.Beliau kemudiannya menegaskan ingin membenteras fahaman-fahaman syiah ini agar ia tidak menular di Malaysia.Itu semua orang dah tahu bahawa kenyataan yang dibuat oleh zahid ini adalah polemik politik dan pada hakikatnya ramai penganut syiah yang ada di Malaysia bebas mengamalkan syiah mereka.
Persoalan,Kalau syiah sesat apa kurangnya dengan Umno?kalau fahaman Syiah mengharamkan judi tapi UMNO menghalakannya.bukan setakat judi,kilang arak pun umno benarkan dibina di Malaysia.Itu sudah dikira sesat juga?Semua kita tahu bahawa judi adalah maksiat dan dosa paling besar dan dilarang serta ditegah sama sekali dalam islam.ulamak seantero dunia bersepakat bahawa judi haram sama sekali.

kenapa umno menghalakannya?kita tunggu apa fatwa ulamak umno Fadhul bari tentang judi ini.yang pasti fatwa yang akan dikeluarkannya nanti melentun dans merapi.

Monday 16 December 2013

BILA NAJIB DAN MENTERI KABINETNYA JADI BADUT SARKAS..




Sebelum PRU13 banyak janji-janji manis dek madu ditaburkan oleh Najib terutama berkaitan kos keperluan hidup rakyat.berjanji bagai menanam tebu dibibir hingga sanggup menuduh pembangkang cuba menghasut rakyat.Sekarang mana janji itu,secara tiba-tiba harga barang,minyak,letrik,tol dan tambang kenderaan awam dalam jangka masa satu tahun sahaja semuanya naik.

Paling menyedihkan apabila mendengar alasan yang diberi mengenai kenaikan harga sesuatu barangan oleh pak menteri amat mendukacitakan dan boleh mendatangkan kemarahan rakyat.ia mengambarkan presepsi bahawa untuk menjadi menteri kabinet Najib tidak memerlukan seorang yang genius,cerdik dan pandai seperti Rafizi tetapi mesti bijak kelentong,merapu dan meraban.
Merapu dengan cilok baring agar orang kampung dan makcik felda terpegun dan terpesona.


Mesej dari seorang Rakyat untuk Najib,

Tak Apalah Dato Sri,
Dato Sri duduk rumah bil Eletrik berjuta-juta,biarlah kami merasai tarif Eletrik tinggi,

Tak apalah Dato sri,
Dato sri pakai kereta perdana baru,biarlah kami hutang kereta sampai mati,

Tak apalah Dato sri,
Dato sri makan lah mewah-mewah,biarlah kami buat air tanpa gula,

Tak apalah Dato sri,
Dato sri pakai driver,biarlah kami naik LRT yang tinggi harganya,

Tak apalah Dato sri
Semua kami berkorban hanya untuk Dato sri,sebab kami yakin kalau tiada parti Dato sri,maka bangsa kami melayu akan mati dan pupus.

Terima kasih dato sri….Naik lagi jangan tak naik,gasak sampai tertonggeng rakyat tidak mengapa asalkan melayu tidak mati.