Friday 27 December 2013

PENYERAHAN MEMORENDUM KE KEDUTAAN BANGLADESH SELEPAS SOLAT JUMAAT

Satu perhimpunan tengahari tadi selepas solat Jumaat diadakan di Surau tabung haji bagi menyerahkan memorandum mengutuk tindakan kerajaan Bangladesh mengenakan hukuman mati yang telah dikenakan ke atas Al Syahid Sheikh Abdul kadir Mullah.

Ramai umat Islam Malaysia demi ukhuwwah fi islam keluar berhimpun beramai-ramai sebagai tanda mengutuk tindakan tidak bertamadun kerajaan Bangladesh terhadap hukuman yang dikenakan kepada seorang pemimpin parti islam bangladesh.Para peserta himpunan sanggup berjalan sejauh 5 kilometre dari bangunan tabung haji ke kedutaan banglasdesh bagi menghantar memorendum tersebut.

Walaubagaimanapun sebelum  menghampiri pejabat kedutaan para peserta  telah dihalang dan disekat oleh pihak polis termasuk FRU dari menghampiri pejabat kedutaan bangladesh.hanya kepimpinan parti Pas,abim dan PKR dibenarkan masuk bagi menyampaikan memorendum itu.

Gambar-gambar yang sempat dirakam.












Thursday 26 December 2013

WACANA TURUN KOS SARA HIDUP!!!!RAFIZI KATA DULU UMNO AMBIL 3 BILLION KINI 70 BILLON DUIT PETRONAS

Berlangsung di Hotel KK kajang malam tadi Wacana anjuran Pemuda PAS Kuala Langat dengan kerjasama beberapa NGO lain dengan tajuk "Turun kos Sara Hidup"menampilkan panelist utama ketua pemuda Pas Malaysia Saudara Suhaizan Kaiat dan Ahli parlimen Pandan Saudara Rafizi Ramli serta Moderator wacana Sheikh Umar.


Yb Rafizi dalam Mukadimah Pembincangan topik tersebut mengingatkan bahawa setiap kenaikan harga adalah dikawal oleh kerajaan.Malangnya kerajaan memberi alasan harga perlu dinaikkan kerana kewangan negara tempang dan tak mampu menampung urusan negara.

Beliau Berkata Semasa Dato Sri Anwar menjadi Menteri kewangan kerajaan hanya mengambil  daripada Petronas paling maksimum 3 bilion tidak lebih dari itu tetapi sekarang kerajaan mengambil 70 bilion.Satu angka yang sangat tinggi untuk dibelanjakan.


Yb Rafizi hairan kerana Kutipan cukai daripada rakyat meningkat setiap tahun tetapi malangnya kerajaan merungut bahawa rakyat tidak membantu kerajaan kerana tidak membayar cukai.Bagaimana rakyat tidak membantu kerajaan padahal kutipan cukai meningkat setiap tahun.

Kerajaan juga ada menubuhkan satu langkah yang dinamakan Nasional Blue Ocean Strategi dengan memperuntukan 40 juta untuk digunakan oleh Menteri Umno melaksanakannya. National Blue Ocean Strategi ini apabila ditanya pada Menteri Umno di parlimen,apakah peranan dan fungsi,mereka pun tidak jelas apa itu Blue Ocean Strategi itu sebenarnya.Itu adalah satu lagi pembaziran yang tidak manafaat pada rakyat.

Beliau membayangkan sekiranya PR mengambil alih pemerintahan negara,PR akan menyemak semula perjanjian-perjanjian kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi di mana perjanjian yang didapati berat sebelah akan ditamatkan.Perjanjian inilah yang menyebabkan bebanan kerajaan hingga rakyat menanggungnya.walauapapun perjanjian syarikat konsesi dikurangkan,mana-mana syarikat tersebut tetap mendapat keuntungan.


Pendapatan negara kata Rafizi lagi,tiada masalah kerana Malaysia adalah negara yang banyak sumber pendapatan tetapi masalah utama ialah perbelanjaan yang tidak berhemah dan berlaku pemborosan dalam mengunakan wang rakyat.

Sheikh Umar mengajukan soalan kepada Suhaizan,bagaimana untuk menarik perhatian Melayu walaupun dengan harga naik serta bermacam-macam lagi tindakan yang dilakukan oleh UMNO tetapi tidak membawa kesan kepada orang Melayu?

Suhaizan berkata orang Melayu marah pada Umno hanya bertahan 4 tahun selepas itu Umno datang hanya 6 bulan sahaja dengan membawa berbagai bantuan akhirnya Melayu lupa dengan kezaliman Yg telah Umno lakukan dan mengundi serta menyokong Umno kembali.Orang Melayu terutama di Felda dan kampung amat payah untuk berubah.Pendekatan yang terbaik kata Suhaizan bagi menyedarkan orang Melayu ialah dengan mewujudkan sekolah politik utk menyalurkan kesedaran dan ilmu politik.

Yb Rafizi berkata kita tidak boleh bermusuh pada orang Melayu kerana mereka tidak mengundi kita.Orang Melayu juga ada hak tidak mengundi dan menolak kita.


Wednesday 25 December 2013

KESAL SI MACAI BILA KENA KLENTONG

Bukan semua penyokong tegar Umno BN yang reda dengan tindakan menaikkan harga barangan dan keperluan asas kehidupan.kepayahan mereka mngharungi kehidupan yang kian sempit setelah kenaikan berbagai barangan membuka mata mereka.Ini yang membuatkan mereka akhirnya menjadi kolompok lantang menyokong dahulu dan sekarang bertukar nada.barulah tersedak bila terkena batang hidung sendiri.

Inilah yang dikatakan Sesal dulu pendapatan Sesal kemudian padan muka hang!!!!…sudah tahu UMNO perompak hang undi pasal apa???

Bukan pemimpin Pakatan Rakyat tak cakap,dan warning banyak kali tapi tiap kali pemimpin pakatan rakyat nak terangkan hang dok kata kami buat fitnah dan dengki.kononnya nak melayu perintah,nanti DAP perintah dan berbagai alasan bodoh hang.
Kain rentang ini dipasang di pintu pagar sebuah rumah.Dari keadaan pagar dan keadaan rumah penghuninya bukan orang yang susah tapi turut terkesan dengan segala macam kos kenaikan hingga sanggup menampal kain rentang di pintu pagar rumahnya.Ini mesti marah taraf gaban punya pasal.

Macam mana tidak marah ... harga barang semuanya naik sebaik saja menang PRU 13 ... segala janji-janji pada AKU JANJI hanya tipu saja .. rakyat semakin hari semakin terhimpit dengan kos hidup yang naik tinggi mencanak.

Yang masih senang bergumbira adalah pakcik-pakcik dan makcik-makcik felda dan orang  kampung.tunggulah nanti bila tanah rancangan hang nak kena gadai barulah menyesal hang mai.Masa tuh barulah hang menangis tak berlagu no….

Tuesday 24 December 2013

MASJID SARIKEI ROSAK TERUK..LAKMNS SIBUK LABUR PROJEK MEGA ?

Seusai program berkhatan kebajikan kami di bandar Sarikei,Sarawak pada November lepas,rombongan kami sebelum berpatah balik ke bandar sibu yang perjalanannya memakan masa sekurang-kurangnya Satu jam,kami singgah sebentar di Masjid Al-Muttaqin Sarikei untuk menunaikan solat.Masjid Al-Muttaqin yang terletak ditengah-tengah bandar Sarikei merupakan Masjid Jamek Utama bagi Masyarakat Islam beribadat dan mengadakan majlis keagamaan di Sarikei.
Sungguh memeranjatkan,bila kami memasuki ke dalam ruang solat Masjid,apabila melihat kondisi Masjid yang amat teruk.ketika itu lantai dipenuhi dengan air akibat hujan berlaku semalamnya.Baldi diletakkan di merata tempat diruang solat untuk menangkung air kerana syiling yang bocor.Sejadah sudah diletakkan diluar masjid ketika itu untuk dijemur kerana sudah basah.keadaan syiling masjid yang berlubang-lubang menyebabkan limpahan air hujan masuk ke ruang solat dan didalam masjid.

Kenapa jadi begini,Mana AJK Masjid yang diamanahkan untuk menjaganya?Masjid daerah sepatutnya tidak mengalami keadaan seteruk ini,kalau ada pun ia sudah segera dibaikpulih oleh pengurusan masjid sebelum ia menjadi lebih teruk.

Rumah Allah yang sepatutnya menjadi lambang Syiar Islam tidak diselengara dengan berkesan menunjukkan betapa tidak peka nya pengurusan Masjid ini.

Adakah permasalaah ini berpunca dari tiada peruntukan untuk membaiki kerosakannya?Mustahil,Masjid dan Surau  adalah terletak di bidang kuasa LAKMNS (Lembaga Amanah kebajikan Masjid Negeri Sarawak)dan LAKMNS mempunyai Asset dan kewangan jutaan ringgit.kalau tidak pun mana duit zakat yang dikutip oleh Baitulmal Sarawak yang diperuntukan khas bagi Masjid dan Surau.

Salah satu visi Lakmns adalah menyediakan infrastructur dan pasarana untuk kemudahan ibadat (Sila rujuk http://masja-sa.org.my/kenali-kami/misi-lakmns/)


Adakah peruntukan sudah disalurkan tetapi tidak digunakan pada sepatutnya?LAKMNS perlu siasat perkara ini sekiranya terdapat penyelewengan bantuan?atau LAKMNS sendiri tidak menyalurkan peruntukan?

Saya masih ingat pada awal November lepas,Isu ini telah dibangkitkan oleh seorang Berbangsa Melayu Islam Sarawak bernama Abdul Aziz Isa yang merupakan pembantu khas MP kuching,yang mana beliau persoalkan kreadiliti LAKMNS.Menurut beliau,sudah 2 kali beliau mengirim surat meminta perjelasan serta laporan kewangan dari LAKMNS namun permintaannya tidak dilayan.


Beliau dihentam oleh para penyokong PBB BN dan dituduh kenapa DAP yang beliau wakili mencampuri Urusan Agama di Sarawak.Beliau ada hak sebagai rakyat Sarawak dalam perlembagaan untuk menyoal berkenaan dengan dana awam yang melibatkan kepentingan rakyat.Mana-manapun organisi yang sah berdaftar,kesatuan,Ngo hatta parti politik sekalipun dalam Malaysia wajib membentangkan laporan kewangan kepada ahli maupun kepada rakyat.

Mana boleh segala pembelanjaan sesuatu dana awam dilarang untuk dibentang.Parti PBB maupun UMNO sekalipun sekiranya mereka mengadakan Mesyuarat Agung tidak terkecuali membentangkan laporan kewangan untuk ahli mengetahui pembelanjaan dan pendapatan parti mereka.

Pernah juga saya mendengar rungutan oleh kariah tempatan mendakwa mengenai kelakuan kepimpinan serta AJK LAKMNS dalam mesyuarat LAKMNS di dearah tempatan yang tidak membenarkan laporan kewangan didedahkan dengan alasan pembelanjaan dan pendapatan LAKMNS adalah rahsia.Satu alasan yang tidak munasabah langsung dan hanya boleh diterima oleh pak turut.

Begitu juga isu dakwaan yang menglibatkan Yb Ir Abdul Rahman Hj Daud,Menteri Muda di pejabat ketua Menteri ( Hal-Ehwal Agama Islam) dan Menteri Muda infrastruktur yang juga merangkap Pengerusi Baitulmal dan Waqaf Sarawak yang didakwa mendapat jutaan ringgit dari dana Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dengan cara menyalurkannya menerusi projek-projek mega milik syarikat peribadi beliau Eastbourne Corporation Bhd.Dakwaan ini tidak pernah dijawap dan dinafikan oleh beliau.




Pada hakikatnya peranan dan fungsi LAKMNS dan Baitulmal Sarawak telah gagal dalam visi yang mereka sendiri tetapkan dan mereka hendak laksanankan.Sekiranya infrastruktur dan pasarana masjid gagal dibaikpulih,apatah lagi program modal insan ,ilmu dan mengimarakkan masjid untuk melahirkan insan bertaqwa jauh sekali.

Saya ingin mengingatkan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Hashim yahya pada jun lalu,yang menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain dari 8 asnaf berdosa besar.

kepada pihak berkenaan dan berwajib tolong segera baiki Masjid Sarikei ini dan Masjid lain yang mengalami kerosakan serupa di Negeri Sarawak,agar masyarakat Islam dibandar sarikei atau musafir yang singgah untuk bersolat dapat  beribadat dengan selesa.Ingat Masjid adalah salah satu syiar Islam dan nabi apabila beliau sampai ke madinah perkara pertama beliau dirikan adalah masjid sebagai tempat ilmu dan ukhuwah masyarakat.

Persoalannya,andakah anda sebagai rakyat sarawak ingin bersubahat dengan dosa besar ini?kalau tidak marilah lakukan sesuatu untuk mencegah kemungkaran dan penyelewengan yang ada  sebelum anda ditanya dihadapan Allah di akhirat kelak.

Andri Zulkarnaen hamden @ hud abusiraj almuner
PAS SIBU

BILA MAMAK LALOK PILL KUDA???


Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat agar hadir ke Perhimpunan BERSIH 4.0 pada 31 Disember ini.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, laman sosial tersebut semakin terdesak sehingga mengatakan akan menggunakan bom pada perhimpunan tersebut.
Tegasnya, pihak NGO sendiri akan bertindak menghalang penganjuran BERSIH 4.0 sekiranya pihak berkuasa gagal mengambil sebarang tindakan terhadap pihak terlibat
"Sekiranya insiden pada 31 Disember ini berlaku, kalau pihak KDN tidak ambil berat atau pun tidak ambil tindakan tegas kita akan berkumpul beramai-ramai dihadapan KDN untuk menyerahkan satu nota bantahan.
Adakah anda masih ingat dengan NGO Ikhlas ini?NGO inilah yang  menyerahkan memorandum bagi menuntut ganti-rugi ekoran penganjuran perhimpunan Bersih 2.0 kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM.
Ganti-rugi berjumlah RM 817, 205 itu dituntut 317 peniaga kecil yang terpaksa menanggung kerugian semasa perhimpunan berkenaan terhadap Pengerusi Bersama Bersih 2.0 - Datuk S.Ambiga serta Pemuda UMNO yang mengadakan Perhimpunan Patriot.                                              
Tuduhan yang dilamparkan bikin aku tergelak besar dengan kebodohan mereka.Apa lagi yang mereka nak tunjuk? kebangangan dan kebodohan taraf gaban ke?cukup-cukuplah mengipas itu.Dulu masih teringat dituduhnya peserta himpunan guna Molotov koktail sekarang dituduhnya nak guna bom pulak.Dashyat betul penyokong-penyokong PR ni.
Yang paling aku nak tergelak sampai terkeluar air mata,bila masanya 31 Disember ni himpunan BERSIH 4.0?Yang nak dianjurkan ialah  himpunan yang digerakkan oleh SAMM itu namanya 'Protes Rakyat Ambang 2014' bukannya BERSIH 4.0.Saya rasa mamak ini samada beliau lalok pil kuda ataupun mabuk air ketum.