Friday 10 January 2014

BUSUK UMNO SAMPAI KANAK-KANAK PASTI PUN JADI MANGSA

Keadaan cemas pagi tadi apabila PASTI di Slim River Tanjung Malim telah diserbu oleh segerombolan Penguatkuasa Majlis Daerah bersama jentera yang dibawa mereka umpama nak turun berperang menyerbu tadika pasti.
Ia berpunca daripada Aduan Macai bahawa kanak-kanak PASTI disitu kerap membuat bising.Tindakan Majlis Daearah tanjung Malim ini merupakan tindakan kurang waras pemikirannya?Maklumat yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai menyatakan tadika perpaduan kepunyaan UMNO tidak memdapat tempat dan sambutan dari penduduk tempatan disitu malah orang Umno sendiri tidak menghantar anak mereka ke tadika perpaduan dan memilih menghantar anak mereka ke tadika Pasti.

kalau tak jahat bukan Umno namanya.seperti kata pemimpin terbilang UMNO Tun Mahathir,Umno busuk hingga ke usus.Dengan kanak-kanak pasti pun mereka dengki…

BUKAN ISLAM DEMO UNTUK PALESTINE

Orang Islam sendiri tak mampu nak memboikot produk Yahudi dimana umum mengetahui keuntungan dari produk Yahudi tadi disalurkan kepada Israel untuk menghalau dan membunuh saudara seIslam kita di Palestin.Malu kita dengan taraf kesedaran tinggi mereka terhadap isu global terutama KETIDAKADILAN melibatkan umat Islam sendiri.

Cuba lihat video ini orang bukan Islam menentang pencerobohan dan berdemo di depan tesco dan memusnahkan produk Yahudi yang di beli oleh mereka.

Lihat juga bagaimana pihak berkuasa negara itu menangani mereka.Amat professional sekali tanpa menggunakan kekerasan dan mereka masih sempat berucap di hadapan kamera walaupun ditangkap dan dibawa ke kenderaan polis.

Adakah taraf professional Polis Malaysia sudah sampai ke taraf begini ?Jawapannya anda nilai sendiri.

Tuesday 7 January 2014

PDRM HARUS BERLAKU ADIL DAN PROFESSIONAL DALAM MENJALANKAN TUGAS


KENYATAAN MEDIA 

7 Januari 2014 / 05 Rabi'ul 1435H

PDRM HARUS BERLAKU ADIL DAN PROFESSIONAL DALAM MENJALANKAN TUGAS 

Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Sarawak ingin menjawab tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap pemegang akaun Facebook "YB Sutan SINARO" yang nama sebenarnya adalah Yusuf bin Baharudin dan dia telah ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan.

Ini adalah berpunca daripada kenyataan beliau pada tarikh 27 Disember 2013 berunsur ugutan jenayah,mendatangkan kecederaan serius (memecahkan kepala) Ketua Menteri Sarawak. Beliau yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dia merupakan salah seorang yang memegang jawatan didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan aktivis NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

PAS Sarawak mengecam keras unsur ugutan seumpama oleh mana-mana pihak dan individu, baik ianya daripada penyokong Pakatan Rakyat maupun dari penyokong kerajaan dalam laman sosial. Berpolitik secara sihat adalah satu proses demokrasi yang telus dan berhujah tanpa mengunakan kenyataan berbau ugutan ataupun perkauman adalah amalan politik global di dalam negara demokrasi berperlembagaan.

Kepantasan pihak polis dalam memberkas suspek untuk menyelesaikan kes amatlah dipuji. Persoalannya kenapa ugutan terhadap pemimpin pakatan rakyat tidak dilakukan sepantas itu?

Menteri besar Kelantan pernah diugut bunuh dalam laman sosial oleh seorang penuntut Ipta tetapi malangnya sudah hampir 3 tahun berlalu kes itu disenyapkan begitu sahaja. Begitu juga ugutan bunuh terhadap Yb Lim kit Siang dan terhadap ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam laman Facebook dan Twetter tetapi tiada tindakan dilakukan.

PAS Sarawak tidak mempertikaikan kewibawaan PDRM menjalankan tugas tetapi PAS Sarawak mengesa agar PDRM lebih konsisten dan adil dalam melakukan tugasan.

Pantas dalam melakukan siasatan ugutan terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat sepertimana pihak polis mengambil berat kes ugutan terhadap pemimpin kerajaan.

Andri Zulkarnaen Hamden @ Abusiraj almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan Pas Negeri Sarawak