Wednesday 11 December 2013

AHLI PARLIMEN DAN PEMUDA UMNO MALAYSIA CEROI


                                 
Pemimpin UMNO tidak kira pemimpin utamanya,pemimpin peringkat bahagian,cawangan,Jkk hatta wanita,pemuda dan puterinya matlamat perjuangan mereka di dalam UMNO hanya ada 2 sahaja, iaitu nak jadi kaya dan berkuasa.Pukul cananglah merata kononnya nak bela melayu dan Islam,itu hanyalah kalimah retorik semata-mata.
Saya nak ulas tentang lakonan hebat lagi mantap pemimpin pemuda UMNO yang turun padang bagi membantu masa banjir di pusat pemindahan Banjir Sementara Sekolah Menengah kebangsaan Sg Isap Murni kuantan yang heboh diperkatakan di Alam Maya.

Menurut sumber Shahih yang diperolehi dari Orang kuat UMNO sendiri,sekumpulan pemuda UMNO MALAYSIA bukan UMNO cawangan beb,dikepalai oleh Naib ketua pemuda Umno Malaysia yang baru khairul Azwan Harun telah datang dengan diiringi oleh beratus pemuda harapan bangsa dengan menaiki berbagai jenis jenama kereta mewah.
Datang katanya nak buat gotong royong membantu mangsa banjir, rupa-rupanya datang sekadar berposing dan ambil gambar sahaja selepas itu menghilangkan diri ntah kemana.Memang sifat dan pembuatan menipu rakyat ini terserlah sudah sejak di alam pemuda lagi,amalan yang tidak boleh dipisahkan dari jiwa mereka.Inilah didikan najib mengikut acuan kalimah najib, 'mendengar degupan nadi rakyat' seiring dengan slogan 'rakyat didahulukan"
Contoh yang amat terpuji ini dari barisan muda pemimpin umno masa depan.Nasihat saya kepada yang masih menyokong Umno kaw-kaw,saya nak bagitahu anda tiada sedikitpun dari hati dan jiwa naluri mereka ini yang ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat.Apa yang ada di kepala hotak mereka hanyalah nak penuhkan kantong dan perut masing-masing.saya juga akui bukan semua tapi yang ramainya mempunyai sifat sebegitu.

Di Maran pahang,ketua dewan Muslimat PAS YB Zailah Mohd yusuf telah dihalang dari mengziarahi dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah kebangsaan Afzan,Chenor,Maran oleh Ahli parlimen Maran merangkap timbalan menteri sumber manusia Dato Ismail Mutalib.

Sepatutnya sebagai status timbalan menteri beliau lebih bersikap profesional.tidak kira fahaman politik mana-mana sekiranya pemimpin pembangkang yang datang ingin menghulurkan sumbangan kena raiikan.bukan semua yang ada didalam pusat pemindahan itu penyokong UMNO.kejadian seperti ini adalah salah satu hikmah sebenarnya pada pakatan rakyat dan ia boleh membuka mata dan hati rakyat siapa yang lebih bertamadun.


Akhirnya,Tahniah saya ucapkan kepada penduduk Tanah Putih Baru,seramai 100 orang penyokong tegar UMNO cawangan disitu  telah isytihar keluar umno dan menyertai PKR kerana UMNO telah gagal membela mereka semasa bencana banjir berlaku.
lakonan mantap yang disajikan oleh pemuda umno Malaysia dan sikap Ahli parlimen Maran  akhirnya berjaya membuka pekung di dada sendiri.kelakuan dan penipuan ala 60-an sudah tidak dapat meracuni fikiran rakyat.bab kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tangga jua.

Ayuh bangkit tumbangkan Umno.

No comments:

Post a Comment