Wednesday 23 April 2014

PERTEMUAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM LAJNAH TANAH PAS PUSAT KEPADA DATOSERI NAZRI AZIZ



Lajnah Pembangunan Tanah,Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat (LPTPBHEOA) yang diketuai oleh pengerusinya Saudara Mazlan Aliman berserta 10 Ajk (LPTPBHEOA) termasuk pengerusi Lajnah Pas negeri mengadakan majlis pertemuan serta penyerahan memorandum kepada Menteri pelancongan dan kebudayaan Dato' Seri Nazri Aziz di kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia di bangunan Sultan Abdul Samad petang semalam.

Pertemuan dan pembincangan bersama Dato Seri Nazri Aziz dan beberapa pegawai tetinggi kementeriannya berlangsung selama 1 jam setengah itu diadakan dalam suasana penuh muhibah.kesudian Dato Seri Nazri Aziz melapangkan masa mendengar isu yang dibawa oleh LPTPBHEOA Pas pusat menguatkan lagi iltizam LPTPBHEOA untuk melangkah kehadapan terutamanya agenda memelihara khazanah bersejarah ini agar ia tidak pupus ditelan arus pembangunan.
Usaha PAS ke arah memulihara dan mempertahankan Kampung- kampung tradisi orang melayu di tengah-tengah bandaraya adalah antara agenda utama yang turut dibincangkan panjang lebar.

Dato Seri Nazri sendiri menunjukkan minat yang mendalam dalam isu yang dibawa bagi memelihara status warisan negara.Meskipun perjumpaan serta Pembincangan ini berjaya dan Dato seri Nazri Aziz berjanji akan memperhalusi memorandum penduduk,ia bukan jaminan bahawa kampung-kampung warisan melayu terselamat dari ancaman pembangunan.


2 memorandum yang diserahkan kepada Dato' Seri Nazri Aziz itu adalah isu mempertahankan Kampung Puah Seberang dan tuntutan mewartakan Kampung Batu Uban iaitu perkampungan Melayu Islam pertama di Pulau Pinang sebagai tapak warisan negara.Selain kampung tersebut terdapat 7 buah kampung dalam projek RAPID Pengerang adalah sebahagian kampung melayu berusia lebih 100 tahun yang bakal pupus dan lenyap dalam lipatan sejarah turut diambil perhatian.

Saudara Mazlan berkata LPTPBHEOA sedia bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mempertahankan perkampungan tradisional dan monumen warisan di seluruh negara.Kesudian LPTPBHEOA duduk semeja bersama bagi menyambut saranan kerajaan selepas ini untuk menyumbang dalam penyediaan draf rang undang-undang berkaitan perwartaan tapak warisan ke atas entiti warisan yang dituntut.disamping itu juga Mazlan menggesa pihak kementerian mengambil inisiatif memelihara dan memulihara penempatan warisan Melayu terutama di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang.

Manakala,Pengerusi NGO Gerakan Pertahankan Kampung Tradisi Melayu dan Warisan (Anak Warisan), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi memberitahu Dato Seri Nazri,penempatan di Kampung Puah Seberang di Setapak sedang dalam proses dirobohkan padahal Perdana Menteri pada 20 Januari 2012 dan Datuk Bandar pada 12 Jun 2013 sudah beri jaminan untuk mempertahankan status lebih enam kampung di ibu kota yang berusia 100 tahun ke atas sebagai perkampungan tradisi Melayu. Malangnya, penduduk di gugusan Kampung Puah dizalimi apabila menerima notis pengusiran bagi memberi laluan kepada projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) Fasa II dan sebagainya dengan hanya diberi sagu hati sebanyak RM1,000.


Bagi Pengerusi NGO Pertubuhan Pembangunan Tanah Kota (Kota), Mohamad Ramingon, 62, kementerian harus menggazetkan Kampung Batu Uban yang wujud sejak tahun 1700 itu sebagai khazanah nasional bagi mengelak kepupusan jemaah di masjid kampung itu. 

Pertemuan dengan Dato'Seri Nazri Aziz boleh membuka ruang dan peluang bagi LPTPBHEOA untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan yang lain bukan hanya isu-isu mempertahankan perkampungan tradisional dan monumen warisan di seluruh negara tetapi terbuka kepada isu-isu tanah yang lain demi kesejahtera rakyat marhaen.



Andri Zulkarnaen @ abusiraj almuner

Pengerusi LPTPBHEOA
Pas sarawak
Ajk LPTPBHEOA Pas Pusat


















Tuesday 22 April 2014

CERAMAH PENGERUSI 'ANAK' SAUDARA MAZLAN ALIMAN DI PAS CAWANGAN SRIGOMBAK



Pas Cawangan Sri Gombak telah mengadakan Majlis Ceramah Umum bertemakan 'Perjelasan isu semasa' di Markas Tarbiah Cawangan malam tadi dengan menampilkan berberapa perceramah jemputan iaitu Saudara Mazlan Aliman pengerusi lajnah pembangunan tanah,peneroke bandar dan orang Asal pas pusat yang juga Ajk kerja pas pusat,YB Ust Hasbullah Ridzwan Tydp Pas Gombak merangkap Adun Gombak Setia dan YB Amiruddin Shari Adun Batu Cave dari PKR.




Majlis dimulakan dengan Ucapan alu-aluan yang ringkas oleh al-fadhil Yb Ust Hasbullah Ridzwan.Dalam Ucapan ringkas itu beliau amat berbangga dengan Cawangan Sri Gombak kerana merupakan satu-satunya cawangan yang telah berjaya mengadakan ceramah politik bagi menjelaskan isu semasa yang sedang berlaku khususnya di negeri selangor.Harapan beliau agar cawangan ini akan lebih mantap gerakkerjanya di masa hadapan bagi meneruskan agenda parti di samping memainkan peranan lebih effetive bagi menyalurkan maklumat terkini untuk rakyat di kawasan gombak.

Perceramah Utama Saudara Mazlan Aliman yang juga amat dikenali sebagai pengerusi "Anak"iaitu NGO yang memperjuangkan hak2 peneroka felda dalam pidatonya berceritakan bagaimana malangnya nasib peneroka felda seluruh Malaysia hasil tindakan zalim yang dilakukan oleh kerajaan Umno BN yang menjadikan felda ini lubuk untuk mengaut keuntungan dan membesarkan tembolok perut pemimpin Umno.tanah-tanah rancangan felda itulah sahaja hakmilik melayu sekian lama yang ada tetapi hak orang melayu itu jugalah yang menjadi sasaran UMNO hingga menyebabkan peneroka felda menanggung bebanan hutang dan menghadapi tindakan ketidakadilan oleh pengurusan felda.



Malah isu-isu yang  rakyat yang hangat diperkatakan sekarang seperti isu pengerang (Rapid) di Johor,tanah-tanah warisan yang telah dirampas di lembah klang dan pulau pinang atas nama pembangunan dan sekatan beliau dari memasuki Sarawak juga menjadi topik utama dalam isi pidato beliau.Mazlan berkata UMNO kena hentikan sikap bersendiwara atau bermain wayang untuk menunjukkan mereka perihatin dalam membela orang melayu tetapi hakikat sebenarnya UMNO adalah pengkhianat bagi orang melayu.isu sekarang ini katanya,umno menunjukan mereka menyokong cadangan hudud yang hendak dibawa oleh pas tetapi di dun terengganu umno menolaknya bulat-bulat.niat tersirat sebenarnya UMNO ialah cuba memecah belahkan kesatuan pakatan rakyat agar PAS keluar dari pakatan.

katanya Lagi Pas sebagai parti Islam menumpukan bukan sahaja pada gerakkerja siasah malah keutamaan PAS juga kepada kerja-kerja kebajikan, tarbiah serta dakwah Islam sampai kepada rakyat,itulah agenda utama pas iaitu memberi kefahaman Islam kepada rakyat.Saudara Mazlan amat yakin kali ini PAS negeri Johor mampu bersaing pada PRU14 tidak seperti 30 tahun dahulu dan ia lebih berkesan apabila bersama pakatan rakyat.

Abusiraj almuner
23 april 2014




Sunday 20 April 2014

PAS SARAWAK SOKONG HASRAT KELANTAN LAKSANAKAN PERUNDANGAN SYARIAH


PAS Sarawak Sokong Hasrat Kelantan Laksanakan Perundangan Syariah

PAS Sarawak menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang akan dibentangkan ke Parlimen dalam masa yang terdekat.

Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksanakan hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses yang panjang dan penuh dengan ranjau berduri sejak era Mantan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi.

Sejarah penggubalan ianya cukup matang dan difahamkan ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Antarabangsa Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.  Selain itu, ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan dalam bidang syarie dan jenayah sivil malah ianya telah melalui proses memperkenalkan, membincang dan meluluskannya. Enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini telah genap usia 21 tahun pada bulan November ini sejak ia diluluskan pada November 1993.

Malah tidak terkecuali ia juga melalui proses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut diadakan di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Forum dan perbincangan secara terbuka telah dianjurkan oleh pelbagai pihak sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri kelantan, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong usaha Kerajaan untuk melaksana perundangan syariah tersebut. Malangnya permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Usaha kerajaan Kelantan ini bertepatan dengan kehendak perlembagaan negara kita yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi kerajaan persekutuan. Disamping itu, kebebasan beragama juga termasuk dalam perlembagaan dimana Islam sebagai agama rasmi sepatutnya bebas melaksanakan perundangan syariah terhadap penganutnya tanpa sebarang sekatan oleh pihak lain.

Dengan perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan sudah tentu akan memperkukuhkan lagi maksud sebenar agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Perlaksanaan Islam bukan sahaja terbatas kepada ibadah, munakahat dan muamalat sahaja, tetapi dengan meliputi perundangan seperti perlaksanaan hudud maka secara tidak langsung merangkumi hukum-hakam dan perundangan jenayah yang mana ianya memperluaskan lagi maksud sebenar Islam sebagai agama rasmi dalam negara ini.

Perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah oleh kerajaan Kelantan ini bukannya untuk mendapat keuntungan politik tetapi ianya merupakan satu kewajipan umat Muslim untuk melaksanakan perintah Allah sepertimana kepercayaan akidah yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Muslim. Ianya adalah satu akidah yang telah pun sabit dalam al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

PAS Sarawak juga berharap komitment Kerajaan Persekutuan yang menyokong hasrat kerajaan Kelantan seperti yang telah dinyatakan  oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khir Baharom bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 bukan omong-omong kosong.

PAS Sarawak juga minta semua pihak menghormati hasrat PAS agar dapat memberi sokongan tanpa ada sikap prejudis agar ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang tentangan terutama dari MP yang menganut agama Islam.

Kita mendoakan agar Kerajaan Negeri Kelantan dapat melaksanakan amanah yang telah sekian lama terpendam ini akan mencapai kejayaan tanpa ada sebarang halangan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga hasrat Kerajaan Negeri Kelantan akan dipermudahkan oleh Allah Taala dan akan dicontohi oleh kerajaan persekutuan dan negeri-negeri yang lain.

Andri Zulkarnaen Hamden @ abusiraj almuner
Ketua Penerangan
Badan perhubungan PAS Sarawak