Tuesday 24 December 2013

SIAPA ZAHARIN MOHD YASIN???

Siapa Zaharin Mohd Yasin?
Lahir pada 2hb Mei 1952 di Negeri Sembilan. Membesar dan mendapat pendidikan di Kuala Lumpur. Terlibat dalam politik dengan menyertai UMNO pada tahun 1972. Menjadi saksi mata dalam berbagai Peristiwa. 1969-Peristiwa 13Mei. 1974-Penubohan Barisan Nasional. 1978-Isu Pemogokan MAS.1978-Dharurat Di Kelantan. 1976/78 Isu Komunis Dalam UMNO. 1976/1978-Isu Dato Harun Idris. I977/1985 - Isu Politik Sabah. 1987-Isu Pertandingan Presiden UMNO. 1987-Isu Perhimpunan TPCA dan Op Lalang. 1988-Isu Pengharaman UMNO. 1996-Isu Pembubaran Parti Semangat 46. 1998-Isu Penerbitan Buku 50 Dalil. 1998/99 Isu Reformasi. 2002-Isu Perletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad.

Terlibat menyertai politik UMNO pada tahun 1972.UMNO Cawangan Kampong Medan, Bt 8, Jalan Klang Lama, DiBahagian Bangsar dan Petaling di Selangor.Pada tahun 1976 berpindah ke UMNO Wilayah Persekutuan,Di Bahagian UMNO Setapak, Titiwangsa dan Bandar Tun Razak. Pemegang rekod UMNO dalam soal dipecat menjadi Ahli UMNO dua kali. Pertama oleh Anwar Ibrahim sewaktu beliau Pemangku Presiden UMNO Mei 1996 kerana menulis surat-surat terbuka berhubong kait dengan UMNO dan diterima balik September 1998. Jawatan terakhir sebelum kali kedua dipecat oleh Abdullah Hj Ahmad, Presiden UMNO pada 29 September 2006 kerana menulis dalam blogs Sang Kelembai sebagai Setiausaha UMNO Bahagian, Bandar Tun Razak 2001/2006. Dan pada 29hb Mei 2009. Majlis Tertinggi UMNO di Pengerusikan oleh Presiden UMNO YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak menarik balik pemecatan keahlian UMNO diUMNO Cawangan Sungai Besi Pekan, Bandar Tun Razak, Sekarang Setiausaha Penyelaras Barisan Nasional P124 Bandar Tun Razak. Wilayah Persekutuan, yang di Pengerusikan oleh YBhg Datuk Seri Tan Chai Ho. bermula 1hb Jun 2010.
Beliau juga seorang blogger Umno dengan mengunakan nama blog Sang kelembai.Penulisan beliau agak rasional serta berfakta penuh dengan kontrovensi tidak seperti papagomo yang menulis tanpa fakta dan ilmu.Saya ingin berkongsi beberapa posting beliau yang agak menarik dibaca dan sangat kontrovensi.






No comments:

Post a Comment