Friday 13 December 2013

AHMAD ZAHID KATA SILALAH SAMAN….

Malaysiakini melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik.

Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

Terdahulu, ketika ditemu bual dalam program itu, Ahmad Zahid berkata beliau terbuka jika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan mendakwanya terlibat ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno 2013 minggu lepas.

"Kalau nak saman, saya terbuka. Jika mahu bukti, biar serahkan pada mahkamah dan pegawai-pegawai saya, tentu ada bukti yang cukup untuk dikemukakan. Silakan," katanya.
Kenyataan Ahamd Zahid ini adalah semata-mata retorik dan hemegomi politik bagi menakutkan dan meraih sokongan orang melayu.Beliau dengan egonya mencabar mat sabu supaya meneruskan tindakan saman dibuat terhadapnya.Beliau semacam percaya 100 peratus dengan bukti-bukti yang beliau ada.

Yang menjadi tanda tanya,sekiranya beliau serious menangani isu syiah ini kenapa tidak tangkap dulu ketua Syiah Malaysia,Mohd Kamil Abd Aziz yang terang-terang mempunyai ramai pengikut.Begitu juga dengan ketua syiah kedah yang terang-terang tiada bertakiyyah membuat laporan polis dan bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap mufti kedah kerana didakwa mereka mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung syiah.

Kenapa harus hala isu Syiah itu kepada Timbalan Presiden Pas?kenapa apa?kerana tidak lain dan tidak bukan kerana keuntungan politik semata-mata.

No comments:

Post a Comment