Thursday 13 March 2014

KENYATAAN MEDIA PAS SARAWAK JAWAPAN KEPADA KECAMAN PIMPINAN PBB BN SARAWAK


Datok Abdul Rahman Hamzah

KENYATAAN MEDIA

13 March 2014 (Khamis)

Kenyataan Media PAS Sarawak bertajuk "KABINET SARAWAK KETANDUSAN PEMIMPIN MUDA" yang disiarkan didalam akhbar tempatan Sarawak edisi Inggeris  mendapat kecaman hebat dari Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak Abdullah Saidol yang juga merangkap pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN Sarawak dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Timbalan Menteri Pembangunan Belia yang juga merangkap Ahli Majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB).

Memetik kenyataan dari Abdullah Saidol dari laporan Theborneopost.com pada 9 Mac, beliau berkata Kenyataan saya adalah mengarut (nonsense) dan saya tiada pengetahuan (ignorance) dalam struktur organisasi Barisan Nasional Sarawak.

Beliau juga berkata dalam pilihanraya umum negeri Sarawak yang lepas, PBB memperkenalkan 10 muka baru untuk diketengahkan  malah katanya untuk mengilap pemimpin muda yang pengalaman untuk matang di dalam pentas politik memerlukan masa bukan dalam sekelip mata.

Kenyatan dari Timbalan Menteri Muda Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang dilaporkan juga oleh theborneopost.com pada 11 mac berkata  beliau meminta saya mengkaji  sebelum membuat kenyataan. Selidik pimpinan BN di dalam Sarawak dan Pusat hatta wakil rakyat BN kebanyakan adalah pelapis kedua dan ketiga yang dibawa masuk didalam parti untuk berkhidmat.kebanyakan mereka adalah golongan profesional.

Saya mengangap ketua kedua pimpinan tertinggi PBB ini tidak memahami maksud sebenar kenyataan media saya.  Saya tetap dengan pendirian sepertimana kenyataan yang saya keluarkan  bahawa PBB BN Sarawak gagal melahirkan pimpinan muda hingga menyebabkan ketandusannya.saya juga bertegas bahawa saya tidak menyentuh mengenai wakil rakyat baru seperti alasan yang dilontarkan oleh Saidol bagi menjawap kenyataan saya dan saya hanya fokus pada senarai pembentukan kabinet baru yang dilantik sahaja.

Kenyataan media saya ada menyebut bahawa rombakan kecil kabinet baru Sarawak masih mengekalkan muka lama dan ada diantara menteri memegang lebih daripada satu portfolio malah ada diantara mereka memegang 3 portfolio sekaligus.

Saya nak bertanya kepada keduanya, kenapa perlu seorang menteri memegang 3 potfolio? Mana dia 10 orang muka baru yang diketengahkan itu? Lagipun mereka yang dibawa masuk oleh BN seperti yang dikatakan  oleh Datuk Abdul Rahman Hamzah adalah dari golongan profesional.Mustahil professional ini tidak punya kepakaran yang diperlukan Adakah golongan profesional yang dibawa masuk ini tidak mempunyai kelayakan?kalau hendak menjadikan pemimpin muda ini matang dalam arena politik berapa lama pula masa diperlukan?

Ambil contoh mudah,lihat ketua pemuda PBB itu sendiri.cuba bandingkan dengan usia ketua pemuda UMNO YB Khairy jamaluddin.lihatlah  perbezaan usia mereka,ternyata itulah contoh dan jawapannya.YB khairy dalam usia begitu muda terserlah bakat kepimpinan luarbiasanya hingga mampu menjadi idola setengah anak muda.Peranan beliau dalam kabinet mengalah menteri senior.sekiranya YB khairy adalah pemimpin muda di Sarawak sudah tentu beliau tidak kemana.

Ternyata alasan yang diberi oleh Saidol tidak munasabah. Di dalam arena politik tiada istilah matang untuk memimpin. sebagai ahli politik yang sudah bergelar wakil rakyat sudah tentunya wajib bersiap sedia dalam apa jua keadaan berdepan dengan karenah rakyat maupun menerima jawatan tinggi. Alasan yang diberi itu hanyalah alasan retorik semata-mata bagi mengalihkan pandangan kepada persoalan pokok serta menutup kelemahan ketara parti PBB BN sendiri.

Saya menyarankan keduanya Abdullah Saidol dan Datuk Abdul Rahman Hamzah supaya melihat dan analisis kembali senarai kabinet Sarawak yang baru itu. Adakah anda nampak 3 potfolio yang disandang oleh seorang individul seperti yang saya katakan itu? Istilah dalam bahasa English 'Don’t beat around the bush'. Inilah persoalan yang perlu dijawab, mudah untuk difahami bukan?

Adakah profesional yang dibawa masuk itu tidak layak untuk mengisi satu dari jawatan tersebut?Malangnya bagi profesional muda dalam BN PBB, anda tidak diberi peluang secukupnya. Sekiranya anda berhajat untuk menyertai Pakatan Rakyat terutama PAS pintu kami sentiasa terbuka menerima anda.

Apa yang menarik perhatian saya adalah calon PBB BN di PRK Dun Balingian, yang dipilih Yossibnosh Balo.beliau adalah bekas pegawai daerah Dalat yang dipilih sebagai calon.Yossibnosh tidak pernah telibat dalam kepimpinan parti tetapi dipilih sebagai calon.kenapa tidak pilih sahaja dikalangan pemuda yang sudah lama berkhidmat dan berada dalam kepimpinan parti.ini sahaja sudah cukup sebagai jawapan  bagi kritikan Saidol dan Abdul karim Rahman.

Andri Zulkarnaen Hamden@abusiraj almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS SARAWAK



KENYATAAN MEDIA
13 March 2014 (Khamis) Kenyataan Media PAS Sarawak bertajuk "KABINET SARAWAK KETANDUSAN PEMIMPIN MUDA" yang disiarkan didalam akhbar tempatan Sarawak edisi Inggeris mendapat kecaman hebat dari Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak Abdullah Saidol yang juga merangkap pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN Sarawak dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Timbalan Menteri Pembangunan Belia yang juga merangkap Ahli Majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB).
Memetik kenyataan dari Abdullah Saidol dari laporan Theborneopost.com pada 9 Mac, beliau berkata Kenyataan saya adalah mengarut (nonsense) dan saya tiada pengetahuan (ignorance) dalam struktur organisasi Barisan Nasional Sarawak. 
Beliau juga berkata dalam pilihanraya umum negeri Sarawak yang lepas, PBB memperkenalkan 10 muka baru untuk diketengahkan malah katanya untuk mengilap pemimpin muda yang pengalaman untuk matang di dalam pentas politik memerlukan masa bukan dalam sekelip mata.
Kenyatan dari Timbalan Menteri Muda Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang dilaporkan juga oleh theborneopost.com pada 11 mac berkata beliau meminta saya mengkaji sebelum membuat kenyataan. Selidik pimpinan BN di dalam Sarawak dan Pusat hatta wakil rakyat BN kebanyakan adalah pelapis kedua dan ketiga yang dibawa masuk didalam parti untuk berkhidmat.kebanyakan mereka adalah golongan profesional.
Saya mengangap ketua kedua pimpinan tertinggi PBB ini tidak memahami maksud sebenar kenyataan media saya. Saya tetap dengan pendirian sepertimana kenyataan yang saya keluarkan bahawa PBB BN Sarawak gagal melahirkan pimpinan muda hingga menyebabkan ketandusannya.saya juga bertegas bahawa saya tidak menyentuh mengenai wakil rakyat baru seperti alasan yang dilontarkan oleh Saidol bagi menjawap kenyataan saya dan saya hanya fokus pada senarai pembentukan kabinet baru yang dilantik sahaja. Kenyataan media saya ada menyebut bahawa rombakan kecil kabinet baru Sarawak masih mengekalkan muka lama dan ada diantara menteri memegang lebih daripada satu portfolio malah ada diantara mereka memegang 3 portfolio sekaligus. Saya nak bertanya kepada keduanya, kenapa perlu seorang menteri memegang 3 potfolio? Mana dia 10 orang muka baru yang diketengahkan itu? Lagipun mereka yang dibawa masuk oleh BN seperti yang dikatakan oleh Datuk Abdul Rahman Hamzah adalah dari golongan profesional.Mustahil professional ini tidak punya kepakaran yang diperlukan Adakah golongan profesional yang dibawa masuk ini tidak mempunyai kelayakan?kalau hendak menjadikan pemimpin muda ini matang dalam arena politik berapa lama pula masa diperlukan? Ternyata alasan yang diberi oleh Saidol tidak munasabah. Di dalam arena politik tiada istilah matang untuk memimpin. sebagai ahli politik yang sudah bergelar wakil rakyat sudah tentunya wajib bersiap sedia dalam apa jua keadaan berdepan dengan karenah rakyat maupun menerima jawatan tinggi. Alasan yang diberi itu hanyalah alasan retorik semata-mata bagi mengalihkan pandangan kepada persoalan pokok serta menutup kelemahan ketara parti PBB BN sendiri.
Saya menyarankan keduanya Abdullah Saidol dan Datuk Abdul Rahman Hamzah supaya melihat dan analisis kembali senarai kabinet Sarawak yang baru itu. Adakah anda nampak 3 potfolio yang disandang oleh seorang individul seperti yang saya katakan itu? Istilah dalam bahasa English 'Don’t beat around the bush'. Inilah persoalan yang perlu dijawab, mudah untuk difahami bukan?
Adakah profesional yang dibawa masuk itu tidak layak untuk mengisi satu dari jawatan tersebut?Malangnya bagi profesional muda dalam BN PBB, anda tidak diberi peluang secukupnya. Sekiranya anda berhajat untuk menyertai Pakatan Rakyat terutama PAS pintu kami sentiasa terbuka menerima anda. Apa yang menarik bagi saya, ketika ini adalah siapakah bakal calon prk PBB BN di Dun Balingian nanti, Adakah kereta yang sudah lama tersadai di bengkel akan dibawa kembali untuk dipandu semula? Kita tunggu dan lihat. Andri Zulkarnaen Hamden@abusiraj almuner Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS SARAWAK