Monday 14 April 2014

ISU AZAN DAN TARHIM MASJID PERJIRANAN 9 TAMAN AIR BIRU MOHD SAID 'SUCI DALAM DEBU'




ISU AZAN DAN TARHIM
MOHD SAID ‘SUCI DALAM DEBU’

Riuh seantero Malaya seorang lelaki melayu Islam bernama Mohd Said bin Mohamed dari Taman Air Biru pasir gudang Johor telah mengejutkan ramai orang apabila beliau dengan berani membuat  satu laporan polis terhadap sebuah Masjid di taman perumahan beliau iaitu Masjid Perjiranan 9 tmn Air biru kerana didakwanya bunyi tarhim dan azan yang terlalu kuat.

Mana tidak kuatnya masjid dikatakan mengunakan 15 biji corong speaker hingga boleh bergegar perumahan berdekatan. Malah rumah Mohd Said dikatakan terletak seberang jalan angaraan 10 meter sahaja jauhnya daripada masjid.

Nama Mohd Said terus melonjak popular.Popular hingga menjadi sasaran hebat cacian masyarakat dalam maupun luar Johor.paling malang sudah pasti di hentam teruk oleh jiran setaman terutama dari penduduk taman beliau sendiri.maka cacian  bukan sahaja datang dari kariah masjid bahkan  datang dari yang tidak pernah jejak kaki langsung ke masjid maupun yang kuat lawan Islam pun sibuk juga mencaci Mohd Said.

kalau nak marah dan caci Mohd Said janganlah sampai melampaui adab Islam hingga sanggup naikan  beberapa manila card  dipagar rumahnya dengan tertulis ayat yang mengarah beliau agar berpindah dari situ.Islam sendiri tidak mengajar berkelakuan melampau seperti ini hingga menjatuhkan maruah insan lain.Ada keadah lain yang dianjurkan oleh islam bagi mencari penyelesaian atas semua perkara dengan adab yang terpuji.

Apa sebenarnya  punca ini berlaku?Semua orang tidak tahu sebenarnya.pihak yang kuat pengkritik dan mengomen pun sama sahaja.hanya buat andaian semata-semata megikut nafsu.Masyarakat diluar sana bertalu-talu memberi komen dan andaian negetif tanpa mengetahui punca sebenar?kita harus mendengar kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan perjelasan.banyak yang tersebar di alam maya hanya memberikan gambaran negetif terhadap Mohd said.itu satu langkah yang amat tidak adil bagi Mohd Said.Saya bukan mahu membela beliau sekurang-kurangnya berilah beliau peluang dan ruang untuk menjelaskan sisi ceritanya.

Daripada cerita rakan-rakan dan kenalan beliau,Mohd Said ini adalah seorang yang amat istiqamah dalam solat berjemaah dan  hadir setiap sesi kuliah yang diadakah di masjid.Mana mungkin seorang seperti Mohd Said sanggup berbuat perkara  bodoh sebegini kalau tidak ada sesuatu cerita berlaku disebaliknya.mengikut cerita mulut dari kariah masjid perjiranan 9 itu sendiri  bukan sahaja Mohd Said yang mengadu bunyi bising malah kariah  lain juga ada yang mengadu kepada ajk masjid mengenai bunyi bising tersebut.bila azan dan tarhim berkumandang tidak mengapa tetapi siri2 ceramah hingga berlarutan hingga 11 malam ini mendatangkan masalah kepada penduduk perumahan  yang tinggal jaraknya 10 meter dari masjid.

Saya ibaratkan isu ini umpama seperti tidak fahamnya mereka tentang isu pengunaan kalimah Allah.kalau kita ambik dari segi hukumnya Rasullah pernah menegur sahabat yang membaca Al-quran di dalam masjid dengan  suara yang kuat.begitu juga perkara seumpama Ini pernah ditegur oleh pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim pada tahun 2002 lagi.

Oleh yang demikian,pihak Masjid perjiranan 9 taman air biru  perlu bersikap bertimbang rasa  atas aduan masyarakat sekeliling.agak-agaklah dengan VOLUME corong speaker itu.jangan syok sendiri.banyak corong speaker dan gamat  suasana satu taman tidak bereti sudah alim dan warak Islamnya.Ada  yang lebih besar  yang wajib kita tentang di hadapan  sana iaitu mereka yang tolak hukum hakam Islam.

Abusiraj almuner
Plentong Masai Johor