Sunday 15 December 2013

PELAJAR TAHFIZ KOK LANAS BUKAN BUNUH DIRI TETAPI DIBUNUH!!!!

Seorang pelajar lelaki yang temui mati tergantung di dalam tandas Asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan,dilaporkan sebelum ini membunuh diri telah dipercayai dibunuh.Laporan forensik mengesahkan beliau dibunuh sebelum digantung.
 Mangsa dikenali dengan nama Allahyarham adik Wan Ahmad Faris bin Wan Abdul Rahman berusia 16 tahun menuntut dalam tingkat 4 di pusat Thafiz tersebut.

Allahyarham adalah seorang pelajar yang baik dan telah menghafal lebih 20 jus' Al-Quran. Jenazah Allahyarham selamat disembahayangkan di Masjid Kg Larak , Mulong , Kota Bharu selepas fardu Asar petang semalam dan dikebumikan di kampung halamannya.
 Amat mengejutkan dengan berita ini apabila sekolah agama yang sepatutnya melahirkan insan beriman dan bertaqwa ada kejadian seumpama ini berlaku.Adakah sesuatu yang tidak kena dengan pendekatan dan amalan dalam sistem pendidikan agama kita?Allahualam,hanya Allah dan Rasul yang mengetahui.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Adik Wan Ahmad Faris,semoga Rohnya ditempatkan bersama insan yang dipilih oleh Allah.Takziah kepada keluarganya atas kehilangan permata hati yang sukar dicari ganti.Moga tabah menghadapi ujian yang berat ini.Inshaa Allah,uijan yang berat ini ia adalah saham akhirat buat ibubapanya dan pasti beliau akan menunggu kedatangan ibubapa di pintu syurga.

Takbir!!!

No comments:

Post a Comment