Sunday 22 December 2013

ADAKAH UST ZAMIHAN YANG DIMAKSUDKAN?

Siapakah gerangan hamba Allah yang dimaksudkan oleh Mantan Mufti Perlis Dr Asri dalam tweeternya itu?Semua orang tahu di dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya ada seorang saja pegawai Agama iaitu Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari.

Zamihan semasa bertugas di Jabatan kemajuan Islam Malaysia pernah mengaitkan empat tokoh Agama dan Politik iaitu bekas Mufti perlis Dr Asri,Mufti Perlis yang berasal dari Sarawak Datuk Dr Juanda Jaya,Shahidan Kassim dan Presiden Pas Datu Sri Abdul Hadi Awang dengan fahaman wahabbi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Zamihan merupakan penjawat awam berpangkat rendah masih skala tangga S41 setelah hampir 9 tahun berkhidmat.Beliau kini berdepan dengan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dato Shahidan Kassim mengenai isu wahabbi dimana bekas Menteri Besar Perlis Itu mendakwa  Zamihan cuba mengelirukan masyarakat Islam mengenai fahaman wahabbi.

kalau benar apa yang dikatakan oleh Dr asri,agak malang bagi KDN kerana membiarkan Zamihan  mengunakan title dr sedangkan PHD beliau tidak dilulus dan diiftiraf oleh Universiti kebangsaan Malaysia?

No comments:

Post a Comment