Thursday 12 December 2013

SEJARAH HITAM KE TAKUT POPULARITI MENURUN WAHAI UST KAZIM???

Dalam satu temu ramah eksklusif Ust Kazim bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di Ipoh awal minggu ini,beliau tertekan dengan sejarah hitam hubungannya dengan PAS dipercayai menjadi punca Mohammad Kazim Elias atau Ustaz Kazim mengambil tindakan menolak pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Ust Kazim berkata,"Jika saya menerima jawatan ini, orang akan fitnah saya dan juga Perdana Menteri dengan pelbagai perkara hanya kerana saya ahli Majlis Tertinggi Umno," kata Kazim dalam satu temu ramah eksklusif bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di Ipoh awal minggu ini.
Najib melantik Kazim walaupun melanggar perlembagaan Umno kerana hanya mereka yang menjadi ahli parti itu selama sekurang-kurangnya tiga tahun boleh dilantik ke jawatan ini.
Kazim tidak pernah menjadi ahli Umno akan tetapi menyertai PAS bersama dengan Datuk Dr Hasan Ali pada tahun 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Kazim jelas kelihatan bimbang, jika dia menerima jawatan MT Umno kali ini, tekanan kepadanya semakin teruk lagi kerana kebanyakan pelajarnya kini terdiri daripada penyokong atau anak kepada anggota PAS.
Ust kazim mengakui bahawa ramainya yang hadir majlis ilmu serta menghantar anak ke madrasah beliau adalah dari kalangan penyokong PAS.Ust kazim mungkin akan menjangka nasibnya akan menjadi seperti Ust Nakaie Ahmad,Iman Firdaus dan Ustazah Masitah dan beberapa lagi Agamawan dalam Umno yang terus lenyap begitu sahaja setelah menyertai Umno.
Fikir-fikirlah kazim….

No comments:

Post a Comment