Thursday 27 February 2014

BETING MARO DARI SUARA HATIKU - SIRI 1





Selesai sudah Amanah yang disandarkan di bahu saya sebagai Pengarah Himpunan Tanah di dun Beting Maro.Menganjurkan sebuah program besar di tempat asing dan pertama kalinya bagi saya adalah satu cabaran.Apatah lagi program ini melibatkan kedatangan Presiden,naib presiden parti dan tetamu serta sahabat-sahabat daripada semenanjung amat mengusarkan hati dan fikiran saya semingguan.Persiapan 2 minggu terakhir itupun saya merangka persiapan dari jauh.berjaya atau tidak dengan persiapan yang diatur saya hanya bertawakal pada Allah.Baru saya merasai satu bebanan tugas mencabar melakukan perkara dari kecil hingga ke besar,dari persiapan doumentasi hingga ke persiapan di lapangan memenatkan fizikal dan mental belum lagi gangguan-gangguan lain.

Alhamdulilah,Sahabat-sahabat banyak membantu saya,termasuk calon dun Beting Maro sendiri Abang Ahmad kerdee.kalau nak cerita pengalaman mungkin inilah yang dikatakan "Pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit maupun ditukar dengan harta'.Ia juga adalah dugaan yang perlu ditempuhi kalau tidak mana kan dapat merasai kemanisan perjuangan.walaupun penat masih terasa ketika ini,saya gagahkan jua diri ini untuk mencatat apa yang tersemat di minda saya  sebelum ia akan hilang begitu saja.



Sebelum saya bercerita lebih jauh lagi,informasi mengenai dun beting maro ini dulunya ia dikenali sebagai dun beladin dan ia terletak di parlimen batang lupar di dalam bahagian Sri Aman.kaum yang menduduki dan tinggal di sekitar dun beting Maro ini adalah dari masyarakat Melayu,melanau dan Iban.

Perjalanan saya dari bandar Sibu ke pekan Pusa Beting Maro mengambil masa 3 jam untuk sampai ke pekan Pusa.sampai sahaja saya di pekan pusa itu saya disambut oleh Saudara Asri Setiausaha program.Untuk ke kampung Melayu dimana terletaknya Markaz Pas dan lokasi program diadakan diseberang sungai,Saudara asri membawa saya menaiki sampan yang tambangnya 60 sen.Kereta di parkir di tempat parkir bersebelahan dengan medan Selera Pusa dan Pasar Awam Pusa.ada jalan darat kata asri,tetapi untuk sampai ke kampung Pusa ini melalui jalan darat perjalanannya jauh dan memakan masa 2 jam untuk sampai.



Sekitar kampung Melayu Pusa ini saya melihat kebanyakkan rumah penduduk kampung mempunyai sebuah tangki air biru yang berlogokan 1Malaysia.saya ingat tangki itu diberi percuma bagi keselesaan orang kampung tapi ramalan saya silap.mereka terpaksa membeli tangki tersebut dari syarikat kroni BN.kaut untung berganda puak-puak PBB,hati saya berkata.Penduduk kampung memberitahu saya fungsi tangki air itu digunakan untuk menyimpan air yang sudah dipam.Pam air itu mengunakan  kuasa eletrik.sekiranya pam tersebut rosak maka mereka akan menghadapi masalah air.bukan air tak ada langsung cuma air akan keluar seciput malah sekiranya semua penduduk mengunakan air pada waktu yang sama maka terputuslah terus bekalan air.

Masalah penduduk kampung melayu ini bukan sahaja berdepan dengan masalah dengan air samada bersih atau tidak tetapi masalah itu melibatkan juga masalah jambatan yang pernah dijanjikan oleh BN.Dah hampir 6 tahun menunggu jambatan tak siap-siap.umpama menunggu bintang jatuh ke riba.

Saya lihat saban hari tidak kira siang maupun malam penduduk menyeberangi sungai mengunakan sampan.ia sesuatu yang berisiko bagi penduduk kampung terutama pada kanak-kanak dan wargaemas.saya pun jadi hairan pada kerajaan BN sarawak ni,tak ada perasan ke melihat keadaan begini atau tiada usaha ke dibuat bagi memberi keselesaan pada rakyat?saya juga dimaklumkaan BN ada menjanjikan jambatan untuk dibina disitu malah saya dibawa melihat lokasi pembinaan jambatan dan melihat sendiri dengan mata kepala saya memang sudah ada jentera binaan di persisiran sungai untuk tujuan itu.jentera sudah terpacak di situ dan ada rangka asas jambatan tetapi diberhentikan pembinaannya sejak 5 tahun dahulu.saya malas nak bertanya kepada orang kampung kenapa dan saya juga tahu orang kampung pun malas hendak menjawapnya.

Saya sempat juga ziarah dan beramah mesra dengan penduduk 3 rumah panjang.rumah panjang Manggu manggeris,Mutton hj dan Jawi.Keadaan rumah panjang sekarang jauh berubah tidak seperti dahulu.sekali pandang dah macam unit rumah flat.tiada lagi mengunakan kayu sebagai dinding rumah,tiada lagi setingkat, semuanya dah jadi 2 tingkat.rumah panjang sekarang umpama apartment mewah seperti yang ada di pasir gudang Johor.perkakas didalam rumah siap ada flat tv,siaran astro,computer dan laptop.tak tahu pulak saya samada ada line wifi ke tidak?tapi yang pasti saya lihat anak muda mereka sedang mengadap depan laptop.

Misi Saya ke situ adalah ingin berjumpa tuai rumah dan menyampaikan hajat untuk mengadakan program di rumah mereka.penduduk rumah panjang yang saya ziarah seakan gembira menyambut kedatangan rombongan saya.saya agak terperanjat dengan sambutan mereka.siap saya diajak bergambar  dengan pemuda rumah panjang yang sedang sibuk bersabung ayam pada mulanya.berhenti mereka seketika dari penyabongan ayam kerana kehadiran saya.

Malangnya hajat saya untuk mengadakan program kesihatan di rumah panjang tidak kesampaian apabila tuai rumah panjang datang berjumpa saya keesokan harinya menyatakan program yang saya ingin anjurkan tidak mendapat persetujuan dari penduduk rumah panjang.tanpa memberi alasan yang kukuh saya sudah mengetahui memandangkan suasana agihan BR1M sedang berlangsung ketika ini.Dari perlis hingga ke sarawak keadaan pun sama sahaja ketua kampung/JKK,tuai rumah teramat lah takut dan bimbang ditarik allowance.itulah tektik sering digunakan oleh BN dulu,kini dan selama-lamanya.padahal rumah panjang inilah sebahagiannya besarnya pengundi Pas dalam prn yang lepas.

Setakat ini dulu cerita dari saya nanti saya sambung menulis untuk siri ke 2 pulak..mata dah mengantuk.

wsalam.

Andri Zulkarnaen hamden
Pengarah Program Himpunan Tanah Sarawak

28 Feb 2014
12.30 pagi

No comments:

Post a Comment