Thursday 27 March 2014

MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH370 MASIH BLM TERJAWAP


KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS SARAWAK
Misteri Kehilangan Pesawat MH370 Masih Belum Terjawab
27 MARCH 2014 (Khamis)
PAS Sarawak mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga para penumpang serta krew pesawat MH370 yang disahkan terhempas di tengah Lautan Hindi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini.  Disamping itu PAS Sarawak juga berasa sedih dan simpati kepada keluarga Andrew Nari ketua pramugara dari Sarawak yang turut berada di dalam penerbangan tersebut.
Sehingga kini tiada berita yang boleh mengesahkan yang serpihan pesawat MH370 dijumpai hanya setakat Imej satelit yang dikeluarkan oleh Airbus Defence and Space menunjukkan objek berpotensi di selatan Lautan Hindi di mana usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang itu diberi tumpuan.

Selama tiada bukti yang menunjukkan dan mengesah serpihan MH370 atau mangsa dijumpai, selagi itulah pihak keluarga mangsa berharap agar semua penumpang pesawat MH370 masih selamat. Ini satu misteri yang sampai hari ini belum terjawab. Dimanakan mangsa dan serpihan pesawat itu benar-benar berada?

Selepas lebih dua minggu, keluarga penumpang, rakyat Malaysia serta seluruh dunia ternanti-nanti akan nasib yang menimpa MH370, malah sepanjang masa itu juga rakyat Malaysia tidak putus-putus berdoa dan berharap agar penumpang dan anak kapal MH370 dapat pulang dengan selamat.

PAS Sarawak berharap orang ramai khususnya pihak media supaya menghormati ruang peribadi dan emosi setiap ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam menghadapi detik yang amat mencabar dan memilukan ini.

PAS Sarawak mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dibawah Parlimen Malaysia bagi menjalankan siasatan terperinci mengenai punca kemalangan yang menimpa MH370 ini.

PAS Sarawak juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat MH370 sepanjang lebih 2 minggu ini yang lalu.
Kesedihan keluarga penumpang dan anak kapal MH370 turut dikongsi bersama oleh segenap lapisan masyarakat dan PAS Sarawak berdoa agar Allah SWT meringankan bebanan mereka dalam menghadapi cubaan dan kesedihan ini.

Andri Zulkarnaen Hamden @ abusiraj almuner
Ketua Penerangan PAS Sarawak


English version
The Mystery of Missing MH370 aircraft Still Not Answered
Sarawak PAS express our condolences to all the families of the passengers and crew MH370 that confirmed crashed in the middle of the Indian Ocean by Prime Minister Datuk Seri Najib recently. Besides that Sarawak PAS also feel sad and sympathy to the family of Andrew Nari chief steward from Sarawak, who was in the flight.
Up to now there is no news that can confirm the MH370 aircraft debris been found just as satellite images released by Airbus Defense and Space shows the potential objects in the southern Indian Ocean where the search for the missing Malaysia Airlines (MAS) MH370 is given focus.
For there is no evidence and confirm of MH370 debris or victims been found, as long as that of the families of the victims hope that all passengers of MH370 aircraft is safe. This is one mystery unsolved to this day. Where do the victims and plane debris really is?
After more than two weeks, the family of the passenger, Malaysians and the whole world looking forward to the plight of MH370, even during this time, Malaysian citizens unfailing pray and hope that the passengers and MH370 crew to return safely.
Sarawak PAS hoped the public, especially the media to respect personal space and emotion of every member of the families of those affected in facing moments of this very challenging and poignant.

Sarawak PAS propose to the government to set up a Royal Commission of Inquiry under the Malaysian Parliament to conduct a thorough investigation of the cause of accidents that happen of this MH370.

Sarawak PAS also take this opportunity to express a gratitude and an appreciation to all those involved in search and rescue operations of MH370 for over two weeks ago.

The family grief of passengers and MH370 crew shared by all levels of society and Sarawak PAS pray that God will ease their burden in facing trial and these sorrows.

Andri @ abusiraj Zulkarnaen Hamden almuner
Sarawak PAS information chief