Thursday 8 May 2014

PEMIMPIN BN SARAWAK KAYA RAYA TETAPI RAKYAT PAPA KEDANA

Selesai sudah tugas saya membantu Pengarah Pilihanraya Pas Sarawak Saudara Fidzuan mencana gerakkerja pilihanraya.Amanah saya seterusnya ialah untuk menyampaikan sumbangan kebajikan yang di amanahkan kepada saya oleh para penginfak dari tanah seberang.

Ditemani oleh Pesuruhjaya Pas Sarawak Tuan hj Adam Ahit serta beberapa pimpinan tertinggi Pas Sarawak,kami meredah ke kawasan Tamuk iaitu di batu 10 Matang.2 orang sahabat saya dari pimpinan NGO Islam turut serta sebagai pemandu jalan untuk ke sana.kami telah dibawa mengelusuri jalan-jalan kampung di kawasan Matang untuk menjejaki sasaran penerima sumbangan yang sudah dikenalpasti.

Meskipun satu ketika dulu agak lama saya tinggal di bandar kuching tetapi saya masih kurang arif tentang jalan dan arah yang dipandu oleh sahabat saya.apa yang saya nampak ialah kami menuju ke kawasan perkampungan kecil di pinggir bandaraya kuching.

Akhirnya kami sampai ke rumah sasaran pertama.Alangkah terperanjatnya hati saya apabila tiba dan terpandang rumahnya.mana tidak terperanjatnya melihat keadaan rumahnya yang amat daif.tidak pernah terlintas di hati saya menyangka ada lagi di negeri Sarawak dimana sebagai sebuah negeri kaya raya dalam Malaysia dengan sumber asli yang banyak masih ada insan bernama manusia mendiami sebuah pondok yang tidak layak dipanggil rumah serta menjalani kehidupan seharian yang amat daif.

Melihat gaya hidup pemimpin pemerintah Sarawak yang mewah dan rata-rata kaya raya,rumah bagaikan istana tetapi rakyat ternyata cukup miskin.sukar bagi saya mempercayai bahawa masih ada rumah rakyat di sarawak masih seperti ini namun hakikat sebenar terbentang di depan mata.saya pernah melihat dan melawat pondok serupa didiami oleh satu keluarga miskin menumpang ditanah kepunyaan seorang cina di sebuah ladang buah-buahan di gelang patah Johor tetapi keadaannya tidak sedaif ini.

Pondok usang didiami oleh Aiman Anak Jalen.sasaran pertama kami.seorang warga emas yang sudah menjengkau usia 80 tahun.beliau sudah memeluk Islam selama 30 tahun dan menjalani kehidupan sebatang kara.tiada mempunyai saudara mara maupun adik beradik dan tidak pernah berumah tangga.katanya beliau hanya menerima bantuan baitulmal sebanyak RM200 sebulan dan tidak pernah mendapat bantuan JKM kerana tidak mempunyai kad pengenalan sejak lahir.

Menurut timbalan Pengerusi Surau Al-Nur,Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Palma indah yang hadir semasa kami menyampaikan sumbangan berkata Pak Aiman sentiasa istiqamah bersolat berjemaah 5 waktu di surau walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan namun beliau tetap hadir dengan berjalan kaki.Jarak rumah beliau ke surau hampir 700 meter.

Sasaran kedua kami ialah ke rumah keluarga Daud bin Abdullah.seluruh keluarga beliau seramai 7 orang termasuk isteri,anak dan menantunya memeluk Islam lebih 15 tahun.beliau berusia 67 tahun dan mengalami penyakit kencing manis yang teruk hingga menjejaskan penglihatannya.beliau tidak mempunyai sumber pendapatan hanya mengharapkan sumbangan dari baitulmal sebanyak RM200 itupun hanya sekali sahaja beliau menerimanya.

Anak lelakinya Hasan Daud yang tinggal bersamanya juga tidak berkerja dan tiada sumber pendapatan.beliau yang menyara 4 orang anak yang masih kecil serta isteri hanya mengharapkan simpati saudara dan rakan taulan.beliau yang dulunya berkerja kampung sebagai tukang kayu tidak mampu lagi berkerja kerana kecederaan serius yang dialami akibat terlibat dengan kemalangan jalanraya beberapa bulan lalu.Hasan tidak pernah mendapat bantuan baitulmal maupun JKM kerana tidak mempunyai kad pengenalan sejak dilahirkan.

Apa yang saya harungi dan nampak dalam misi bantuan kebajikan ini sudah cukup jelas bahawa saya mempercayai dan yakin Majlis Agama Islam Sarawak ( MAIS) terutamanya Baitulmal Sarawak gagal memainkan peranannya dalam membantu golongan saudara baru ini termasuk 8 asnaf yang layak.

Wang zakat yang diterima hasil kutipan tidak di maafaat sepenuhnya kepada mereka yang layak.saya masih ingat isu yang dibangkitkan oleh DAP Sarawak  mendakwa Menteri Muda Sarawak yang menjaga hal-Ehwal agama Islam mengunakan duit zakat untuk pelaburan perniagaan melalui syarikat peribadinya.Isu dakwaan tersebut sehingga kini masih tidak dijawap oleh menteri berkenaan.

Ternyata tiada misi dan visi jelas MAIS hatta tiada kesungguhan dalam mengeluarkan golongan asnaf ini dari kelompok kemiskinan.ini belum lagi kita bicara tentang soal dakwah dalam membantu saudara baru mengenali islam.saya amat yakin usaha dakwah memang jauh sekali dan mungkin tiada dalam stretagik perancangan mereka.

Saya berani tegaskan bahawa Pas dari dulu lagi senantiasa mengutamakan kebajikan kepada rakyat tidak kira agama dan bangsa kerana islam itu mengajar menitik beratkan konsep kebajikan bernegara dalam menghayati cara hidup yang sebenar dan sempurna.

ia sememangnya berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat diantara satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah .S.A.W yang bermaksud: 

“Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah” 

(Riwayat at-Tabarani)



Andri Zulkarnaen Hamden @ abusiraj almuner
ketua penerangan
Badan Perhubungan Pas Negeri Sarawak.

No comments:

Post a Comment