Wednesday 23 April 2014

PERTEMUAN DAN PENYERAHAN MEMORANDUM LAJNAH TANAH PAS PUSAT KEPADA DATOSERI NAZRI AZIZ



Lajnah Pembangunan Tanah,Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat (LPTPBHEOA) yang diketuai oleh pengerusinya Saudara Mazlan Aliman berserta 10 Ajk (LPTPBHEOA) termasuk pengerusi Lajnah Pas negeri mengadakan majlis pertemuan serta penyerahan memorandum kepada Menteri pelancongan dan kebudayaan Dato' Seri Nazri Aziz di kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia di bangunan Sultan Abdul Samad petang semalam.

Pertemuan dan pembincangan bersama Dato Seri Nazri Aziz dan beberapa pegawai tetinggi kementeriannya berlangsung selama 1 jam setengah itu diadakan dalam suasana penuh muhibah.kesudian Dato Seri Nazri Aziz melapangkan masa mendengar isu yang dibawa oleh LPTPBHEOA Pas pusat menguatkan lagi iltizam LPTPBHEOA untuk melangkah kehadapan terutamanya agenda memelihara khazanah bersejarah ini agar ia tidak pupus ditelan arus pembangunan.
Usaha PAS ke arah memulihara dan mempertahankan Kampung- kampung tradisi orang melayu di tengah-tengah bandaraya adalah antara agenda utama yang turut dibincangkan panjang lebar.

Dato Seri Nazri sendiri menunjukkan minat yang mendalam dalam isu yang dibawa bagi memelihara status warisan negara.Meskipun perjumpaan serta Pembincangan ini berjaya dan Dato seri Nazri Aziz berjanji akan memperhalusi memorandum penduduk,ia bukan jaminan bahawa kampung-kampung warisan melayu terselamat dari ancaman pembangunan.


2 memorandum yang diserahkan kepada Dato' Seri Nazri Aziz itu adalah isu mempertahankan Kampung Puah Seberang dan tuntutan mewartakan Kampung Batu Uban iaitu perkampungan Melayu Islam pertama di Pulau Pinang sebagai tapak warisan negara.Selain kampung tersebut terdapat 7 buah kampung dalam projek RAPID Pengerang adalah sebahagian kampung melayu berusia lebih 100 tahun yang bakal pupus dan lenyap dalam lipatan sejarah turut diambil perhatian.

Saudara Mazlan berkata LPTPBHEOA sedia bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mempertahankan perkampungan tradisional dan monumen warisan di seluruh negara.Kesudian LPTPBHEOA duduk semeja bersama bagi menyambut saranan kerajaan selepas ini untuk menyumbang dalam penyediaan draf rang undang-undang berkaitan perwartaan tapak warisan ke atas entiti warisan yang dituntut.disamping itu juga Mazlan menggesa pihak kementerian mengambil inisiatif memelihara dan memulihara penempatan warisan Melayu terutama di sekitar ibu negara dan Pulau Pinang.

Manakala,Pengerusi NGO Gerakan Pertahankan Kampung Tradisi Melayu dan Warisan (Anak Warisan), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi memberitahu Dato Seri Nazri,penempatan di Kampung Puah Seberang di Setapak sedang dalam proses dirobohkan padahal Perdana Menteri pada 20 Januari 2012 dan Datuk Bandar pada 12 Jun 2013 sudah beri jaminan untuk mempertahankan status lebih enam kampung di ibu kota yang berusia 100 tahun ke atas sebagai perkampungan tradisi Melayu. Malangnya, penduduk di gugusan Kampung Puah dizalimi apabila menerima notis pengusiran bagi memberi laluan kepada projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) Fasa II dan sebagainya dengan hanya diberi sagu hati sebanyak RM1,000.


Bagi Pengerusi NGO Pertubuhan Pembangunan Tanah Kota (Kota), Mohamad Ramingon, 62, kementerian harus menggazetkan Kampung Batu Uban yang wujud sejak tahun 1700 itu sebagai khazanah nasional bagi mengelak kepupusan jemaah di masjid kampung itu. 

Pertemuan dengan Dato'Seri Nazri Aziz boleh membuka ruang dan peluang bagi LPTPBHEOA untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan yang lain bukan hanya isu-isu mempertahankan perkampungan tradisional dan monumen warisan di seluruh negara tetapi terbuka kepada isu-isu tanah yang lain demi kesejahtera rakyat marhaen.



Andri Zulkarnaen @ abusiraj almuner

Pengerusi LPTPBHEOA
Pas sarawak
Ajk LPTPBHEOA Pas Pusat


















No comments:

Post a Comment