Monday 3 March 2014

RIZAB BERBILLION UMPAMA LAMPU TANGLONG

Sarawak berjaya mengekalkan prestasi kewangan yang cemerlang dengan lebihan pendapatan untuk beberapa tahun berturut-turut, sejak tahun 2004 sehingga menghasilkan tahap rizab negeri berjumlah RM22 bilion pada tahun lalu.ia satu jumlah pendapatan yang luar biasa namun dibandingkan dengan Kerajaan Selangor yang mempunyai simpanan Rizab hanya RM3 Bilion tetapi hairan bin ajaib,Selangor boleh diisytiharkan negeri yang paling kaya di Malaysia.

Dengan simpanan mencecah RM22 Bilion namun malangnya Sarawak menduduki tangga ke 3 negeri dengan bilangan penduduk paling miskin di Malaysia selepas Sabah dan Kelantan.walaupun ada rizab 22 bilion tetapi masih gagal dalam membantu serta memberi keselesaan kepada rakyatnya.
Walaupun demografi negerinya sebesar semenanjung Malaysia namun kegagalan pemerintahan Taib selama 33 tahun terserlah.Paling ketara sekali kegagalan menyediakan peluang perkerjaan kepada rakyatnya hingga memaksa perhijrahan warga Sarawak ke semenanjung Malaysia untuk mencari rezeki.

Sudah diketahui umum berberapa ramai rakyat Sarawak yang berada dan berkerja di beberapa negeri di semenanjung Malaysia termasuk Singapura.Angaraan tidak rasmi adalah melebihi 35 puluh ribu orang di lembah Klang,itu pun belum termasuk kiraan mereka yang tinggal di negeri johor yang berkerja di Singapura.Negeri Johorlah yang mencatat paling ramai warga Sarawak bermastautin.

Akibat Ketakutan kuasa hilang dan tidak mendapat sokongan rakyat,Pemimpin Sarawak sedang mempopularkan dan mengiatkan usaha mendoktrinkan slogan 'Sarawak for sarawakian' dalam kepala rakyatnya bagi membangkitkan semangat kenegerian kononya akan dijajah oleh orang Yang disebut oleh warga tempatan sebagai 'orang Malaya'.ketakutan ini berpunca dari kesedaran rakyat terhadap salahlaku dan korupsi pemimpin BN Sarawak ketika ini lalu ditimbulkan propaganda ini bagi menakutkan rakyat.
Pada hakikatnya warga Sarawak terpaksa berkelana mencari rezeki di semenanjung kerana desakan kehidupan.bukan sekadar perkerjaan sukar diperolehi tetapi tangga gaji yang terlalu rendah tidak sepadan dengan inflasi sekarang dengan harga barang yang melampau tinggi.tiada diskriminasi berlaku apabila mereka berkerja di semenanjung.lihat sahaja di negeri Johor,apabila kerajaan Johor mewujudkan seorang penghulu di pasir gudang bagi menjaga kebajikan masyarakat Sarawak khususnya masyarakat Iban disana.kuat betul marahnya dengan 'orang Malaya'padahal ada pemimpin Utama Sarawak mempunyai banyak kepentingan perniagaan dan menjana kekayaan mereka di semenanjung.tindak tanduk retorik serupa dengan sekutu kuat mereka UMNO,konon memperjuangkan hak negeri padahal dialah penyamun tarbusnya.

Pembangunan Infastructure seperti jaringan jalanraya menghubungkan kawasan pendalaman masih belum terbina hingga menyebabkan rakyat masih menggunakan pengangkutan air daripada dulu,kini dan selama-lamanya.lihat sahaja bencana boat karam awal tahun ini sahaja telah berlaku beberapa incident yang meragut banyak nyawa.Masalah tambatan parit dan hasil Pembangunan yang mendadak tanpa perancangan menyebabkan banjir kilat seperti yang apa yang berlaku di bandar Bintulu.masalah air dan sebagainya masih membelengu masyarakat diluar bandar.

Walau banyak manapun hasil pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan Sarawak ia masih tidak mencukupi kalau dibandingkan dengan harta mantan ketua menteri Sarawak Taib Mahmud.Mengikut pendedahan Bruno Manser Fund (BMF),harta taib mencecah AS$15 Billion (46 Billion) dan 20 orang ahli keluarganya mengumpul harta hampir As$21 Bilion ( Rm64 bilion)
Kerajaan Sarawak wajib mendahului rakyat,membelanjakan sumber pendapatan yang diperolehi untuk keselesaan dan kebajikan rakyat tidak mengira agama,bangsa,fahaman politik maupun Rakyat di bandar dan luar bandar.

Pembelanjaan wang rakyat ini harus mengikut kemampuan kewangan yang ada tanpa pembaziran.janganlah dibiarkan hasil masul yang ada digunakan untuk tujuan lain selain dari digunakan untuk kepentingan rakyat.Persoalannya dimanakan rizab RM22 bilion itu dilaburkan atau ia sekadar angka sahaja untuk menbuktikan kepada dunia bahawasanya bertapa bijak dan cerdiknya taib menguruskan Sarawak.

Rahmat untuk semua

Mansang Ngelaban

Oleh : Andri Zulkarnaen@ Abusiraj Almuner

No comments:

Post a Comment