Monday 3 March 2014

BETING MARO DARI SUARA HATIKU - Siri 2

Saya sedikit terkilan atas Kegagalan mengadakan program di rumah panjang.ia sedikit sebanyak melemahkan semangat saya.saya merasakan tidak lengkap program yang dianjurkan ini tanpa menyantuni masyarakat Iban rumah panjang.dengan khidmat rawatan kesihatan yang telah di rancang saya Kira ia amat manfaat untuk mereka.

Adalah penting pada hemat saya,mereka ini perlu diraikan dan tidak mau mereka ini disisihkan dari pada jua program yang Pas anjurkan.bukan atas niat penganjuran tersebut meraih undi mereka maupun mendapat sokongan politik tetapi atas platform dakwah,kemanusian dan kebajikan.yang penting agar PAS dilihat sebagai sebuah parti untuk semua.

Saya lantas berfikir untuk langkah pelan B,saya mendapat tahu dari pak Awang Rasit orang kuat Pas Dun beting maro,ada lagi sebuah rumah panjang berhampiran tetapi terpaksa meredah dengan menjalan kaki sekiranya mau ke sana.

Mahu tak mahu saya teruskan juga hajat yang bergelodak di sanubari saya.pak Awang dan Hj Parhi penunjuk jalan saya ke sana.Rumah panjang block nama rumah panjang tersebut berdasarkan pada papan tanda yang dipacak.perjalanan ke rumah block dengan kereta telah melalui jalan berbatu,batu jalan bukan kecik anak tetapi batu sebesar buku lima.boleh maut tayar kereta kalau kerap lalu di jalan ini.setelah menyelusuri jalan batu sejauh lebih kurang 400 meter,sampailah kami di penghujung jalan.di hujung jalan mati inilah kereta kami diparkir lalu dari situ kami mula menapak.

Pak Awang bagitahu saya menapak ke rumah panjang block itu memakan masa 26 minit.saya tidak tahu berapa KM tetapi berjalan kaki untuk sampai mahu dekat setengah jam.Pak Awang bagitahu saya,dulu untuk sampai ke rumah panjang block ini hanya menggunakan sampan tetapi sekarang mereka tidak lagi menggunakannya.takut buaya katanya,benar atau tidak saya tidak tahu.saya mengiakan saja.



Berjalan dibawah panas terik ketika itu boleh mendatangkan kemarahan jiwa saya.semasa berjalan meredah jalan berbatu itu,saya menerima panggilan dari saudara Mazlan Aliman.Mazlan dengan suara semacam Sedih di hujung talian berkata beliau ditahan di lapangan terbang sibu oleh pihak imigresen dan tidak dibenarkan masuk dan akan dihantar pulang.Ya Allah,satu lagi dugaan terpercik ke muka saya.mengenangkan tentatif program banyak yang akan diubah dan banyak pulak yang akan diganti dengan program lain membuatkan fikiran saya semakin bercelaru.mengenangkan juga saudara Mazlan yang merupakan keyperson dalam penganjuran program ini tidak dibenarkan masuk,bagi saya ia sesuatu yang sudah hilang serinya program ini tanpa Mazlan.ia juga akan dirasai bukan saja saya bahkan dirasai oleh ajk Lajnah tanah yang hadir dari jauh beramai-ramai nanti.

Setelah menapak hampir 10 minit di Pertengahan jalan kami bertemu dengan tuai rumah block,alhamdulilah hati saya berkata,selamat tenaga saya.saya lantas mengenalkan diri dan berbincang mengenai hajat saya dan program yang bakal dianjurkan,dari riak wajahnya saya sudah menjangka bakal jawapan yang akan saya dapat.apa boleh saya buat jika mereka tidak mahu saya tidak memaksa.

Bila saya mengenangkan makanan dan minuman yang sudah siap dibungkus untuk dibawa kepada penduduk rumah panjang tidak sedetik pun di hati saya ketika itu menjangka mereka menolak kami untuk meraikan mereka,padahal mereka sebahagiannya adalah pengundi PAS pada PRN lepas.Ternyata perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.Apalah ada dengan perancangan manusia seperti saya.saya redha dengan apa yang berlaku dan saya percaya mungkin ada hikmahnya.

Petang itu sudah ramai ahli-ahli,ajk cawangan,kawasan dan dewan-dewan sudah mulai sampai.persiapan sudah mula bergerak,dewan pemuda dan unit amal sudah mula mengatur persiapan yang belum selesai.markaz PAS pusa sudah di banjiri oleh pertugas dan kepimpinan yang datang.



Suasana kampung Pusa ketika itu meriah dengan kehadiran pertugas dan ahli Pas.nampak perbezaan ketaranya ialah masjid penuh pada waktu solat hingga memaksa pengerusi masjid mengumumkan selepas solat subuh memanggil siapa ketua kumpulan di antara kami.saya ke depan,pengerusi masjid bagitahu saya samada saya sudah mendapat kebenaran dari pejabat agama bahagian Betong untuk datang,dalam hati saya adakah perlu minta kebenaran untuk bersolat.katanya beliau mendapat maklumat daripada kariah bahawa ada diantara kami menginap di masjid pada malam sebelumnya.sebenarnya bukan menginap tetapi sebahagian dari kami ada yang datang ke masjid tersebut seawal 3 pagi untuk berqiamullai.pengerusi masjid juga berkata pada saya kalau masuk masjid kena pandang kiri,kanan dan kena bagi salam.Macam pernah aje dengar ungkapan ayat-ayat yang disebut.Ayat-ayat ini macai UMNO kerap guna bila berhadapan dengan orang PAS tetapi di Sarawak UMNO dihalang masuk sepertimana mereka menghalang Mazlan tetapi kelakuan dan perangai UMNO ada di disini.

Bersambungan untuk Siri 3....

Andri Zulkarnaen Hamden
Pengarah Program Himpunan Tanah Rakyat Sarawak

No comments:

Post a Comment