Monday 3 March 2014

KENAPA PERLU DI BELAKANG TOK UBAN?

kenyataan daripada ketua Parti Reformasi negeri Sabah (Star Sabah) Datuk Jeffrey kitingan didalam Portal Malaysiakini meminta pemimpin Sabah dan Sarawak bersatu di belakang Tan Sri Taib Mahmud bagi melindungi kepentingan penduduk Borneo dan bagi memenuhi perkara 18/20 perjanjian Malaysia.Beliau menegaskan perlu ada satu suara bagi memastikan hak-hak dalam perjanjian Malaysia dipenuhi dan hak keistimewaan serta kedudukan yang terhakis melalui pelbagai pindaan perlembagaan dikembalikan.

Persoalannya kenapa perlu dibelakang Taib?Kenapa selepas taib melepaskan jawatan ketua menteri isu seperti ini timbul?Siapa sebenarnya mencabuli perjanjian itu?kenapa hampir sedekad lamanya baru menyedari hakikat Ini dan berusaha untuk bertindak?Adakah ini satu lagi sinetron wayang politik yang dipersembahkan bagi mengelirukan rakyat?ia umpama terang lagi bersuluh seperti ada udang disebalik batu.

Persoalan yang perlu dijawap sendiri oleh pemimpin agung Borneo kepada rakyatnya.Usahlah berpolitik zaman pop yeh-yeh kerana segala tindak-tanduk memakan diri dan sudah dibaca rakyat rentak jogetnya.

Alasan bersatu dibelakang taib bagi melindungi kepentingan Borneo adalah alasan yang tidak munasabah malah ia amat jelas sekali alasan bagi melindungi angkara taib dari dikenakan siasatan terhadap pemilikan harta luar biasa dan dari dikenakan tindakan undang-undang.

Mencabuli perjanjian Malaysia sudah tentu datang dari sekutu rapat mereka sendiri dalam Barisan Nasional.Ia bukan angkara DAP,PKR dan jauh sekali PAS.Isu ini dijadikan juga alasan Utama seperti mana slogan 'Sarawak for sarawakian'tetapi hakikat sebenar pemimpin pusat dan negeri sama sahaja saling memerlukan antara satu sama lain bagi melindungi salahlaku menyelewengkan yang berlaku.berselindung dengan Propaganda retorik yang dicipta ini semata-mata bagi mengalihkan kegusaran rakyat.lihat sahaja  bantuan dana dihulurkan oleh Kerajaan Umno BN terhadap  2 negeri ini kerana 2 negeri inilah yang menjadi asset simpanan tetap kemenangan kepada BN dari terus memerintah malah tidak cukup dengan itu para wakil rakyatnya di lantik ke peringkat pusat sebagai menteri penuh.

Mungkin Datuk Jeffrey kitingan sudah lupa atau tidak menyedari bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat Sarawak dan Sabah sendiri adalah kerajaan BN yang diasaskan di semenanjung yang menjadi sasaran Utama kritiknya.

Sewaktu musim pilihanraya tidak sedikitpun isu ini ditimbulkan dan didengari.bila wang sudah ditaburkan oleh BN pusat segala masalah mengenai perjanjian Malaysia,tindas menindas,jajah menjajah tidak sedikitpun kedengaran.ia umpama hilang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa dan terus bersemangat mengundi BN dari dulu,kini dan selamanya dan akhirnya beberapa seketika selepas PRN akan merungut kembali isu yang sama.


Andri Zulkarnaen bin Hamden @ abusiraj almuner
Ketua Penerangan 
Badan perhubungan PAS Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment