Tuesday 4 March 2014

KEBINET BARU SARAWAK GAGAL TONJOLKAN WATAK BARU

KENYATAAN MEDIA

4 March 2014

Majlis Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda Negeri Sarawak menyaksikan tiada rombakan besar berlaku dalam portfolio penting kerajaan negeri.Dengan senarai muka-muka lama sejak era Taib mahmud masih lagi mendominasi jawatan penting dalam pentadbiran negeri.Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sendiri mengumumkan beliau menerajui portfolio Kewangan dan Perancangan Sumber dan Alam Sekitar.
Pelantikan baru ini menyaksikan juga seorang menteri menjawat lebih dari satu kementerian malah ada yang menjawat 3 kementerian sekaligus.ia sesuatu yang nampak tempang menandakan bertapa tandusannya kepimpinan kerajaan BN sarawak dalam melahirkan pemimpin muda.Seharusnya wakil-wakil rakyat muda perlu digilap bakatnya dalam BN Sarawak dan diberi peluang agar mempersiapkan diri mereka untuk memikul tanggungjawap besar nanti.Menteri kanan yang sudah berkhidmat berpuluh tahun seharusnya peka dengan kelemahan diri dan membuka ruang serta laluan kepada generasi muda bagi mengantikan mereka.

Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat sarawak atas rombakan kecil kebinat baru yang diumumkan itu.kabinet baru ini umpama seperti kereta buruk yang hanya dicat semula.kalau diamati pemkembangan parti BN sarawak terutama parti PBB,ia sudah tidak mendapat tempat di hati generasi muda Sarawak sebab itulah mereka gagal melahirkan kepimpinan muda yang berwibawa kalau ada pun masih belum layak dan tidak mampu untuk mengugat yang tua.


Andri Zulkarnaen bin hamden @ abusiraj almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment