Wednesday 18 December 2013

LEBIH BAIK KETUA PUTERI UMNO NASIHAT NAJIB SUPAYA BERJIMAT

Puteri UMNO saran tiga langkah atasi isu peningkatan kos sara hidup
18 Dis 2013

Pergerakan Puteri UMNO menyarankan tiga langkah penting bagi dilaksanakan rakyat, kerajaan, syarikat awam serta swasta untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata masalah yang dipandang serius dan menghimpit terutamanya golongan muda itu mampu diatasi sekiranya semua pihak bekerjasama melaksanakan langkah digariskan pergerakan itu.

"Langkah pertama bermula dengan rakyat sendiri perlu sedar tentang kepentingan meningkatkan kesedaran untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti mengurangkan bil bulanan," katanya.
Langkah kedua ialah menggalakan 'kaedah hijau' di kalangan rakyat, kerajaan serta syarikat, antaranya dengan meningkatkan usaha kitar semula dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.
Langkah ketiga ialah kerajaan perlu memantau syarikat monopoli berkepentingan awam supaya syarikat itu tidak mendapat keuntungan melampau tanpa memberikan bebanan kepada rakyat.
RAKYAT disuruh berjimat sakan tapi pemimpin gasak duit rakyat tanpa ada penjimatan hingga rakyat menanggung beban kemudiannya.kalau guna pembelanjaan sendiri tak apa,ini guna duit rakyat.

Ketua puteri UMNO rasanya ini tidak tahu apa yang diucapkannya itu.Ucapannya itu samada nak kipas najib atau nak menghalalkan apa yang telah kerajaan lakukan.

Apa kata suruh ketua puteri umno ini menunjukkan contoh dahulu macamana dia kurangkan perbelanjaan dan bil bulanan rumah dia? Macamana dia guna ‘kaedah hijau’ di rumah dia? Keuntungan melampau tu banyak mana?

No comments:

Post a Comment