Tuesday 17 December 2013

BUKTI NAJIB MUNGKIR JANJI??


PUTRAJAYA, 20 Sept 2011– Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.

Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

“Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini... bukan perkara baru,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kita ada agenda yang amat jelas... pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya,” katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri  Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana hari ini.

Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta.



19 Januari 2013 - “Saya pantang orang mungkir janji, saya rasa rakyat Selangor pun begitulah sebab kita rasa kena tipu, saya tak suka orang tipu saya, orang lain saya tak tahulah....

“Tapi saya percaya, kita ni kalau dengan manusia kena pegang pada janji, jadi BN kalau diberi mandat di Selangor, kita akan lakukan usaha lebih baik serta bersungguh-sungguh untuk mewujudkan pentadbiran yang benar-benar memenuhi inspirasi kehendak dan jangkaan rakyat Selangor,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pendengar radio SelangorBN.FM ketika diwawancara DJ radio itu M Kavimani atau DJ Kavi sejurus melancarkan siaran radio berkenaan di Ibu Pejabat Umno Selangor, di sini jam 12.30 tengah hari semalam.

Demikianlah kata-kata manis Najib sebelum pru13 yang lepas untuk meraih undi.sekarang apa dah jadi?Siapa kaki klentong sekarang?bukan main sedap mulut menghentam dan menuduh pembangkang hingga lupa diri sendiri hanya manusia biasa.

Apa yang dikatakan olehnya terpecik ke muka beliau sendiri.

No comments:

Post a Comment