Thursday 19 December 2013

KETAKUTAN MACAI UMNO BILA PANDANG WAJAH TG NIK AZIZ DAN UAI

PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti itu kerana meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal pelekat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kenderaannya. Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis. 

Kebanyakan pengguna laman sosial itu, mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti kerana menyekat kebebasan pelajar untuk berpolitik. Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'. Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak. Menurut sumber, satu risalah dikatakan telah diedarkan sebelum itu yang melarang pelajar universiti tersebut membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus. 

Pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang 
komen ~ mStar

Adalah menjadi kesalahan besar bilamana menampal gambar-gambar ahli politik pembangkang maupun ulamak yang mirip dengan perjuangan pas di kampus UITM.Undang-undang apakah yang Macai  Umno gunakan ini?Adakah undang-undang rimba yang dipinjam daripada cheetah atau ciptaan kepala hotak sendiri?

Hairan dengan puak-puak macai,,ketakutan mereka tahap melampau hinggakan stiker ada gambar TG Nik Aziz dan UAI pun boleh mendatangkan angin satu badan???

Yang pasti gambar Rosmah dan kak izat lembu dibenarkan.

No comments:

Post a Comment