Wednesday 18 December 2013

JURUCAKAP KERAJAAN JUARA BODEK 1MALAYSIA

Langkah kerajaan menaikkan pelbagai kadar, sekali gus mengurangkan subsidi, mungkin tidak popular, tetapi ia baik untuk ekonomi dan "baik untuk rakyat", kata jurucakap kerajaan.

"Untuk mempertahankan ekonomi kukuh Malaysia, kita perlu menjadikan perbelanjaan kita terkawal. Ini bermaksud menaikkan beberapa kadar dan memotong beberapa subsidi.

Langkah itu juga perlu bagi mengekalkan kedatangan pelabur dan membantu Malaysia pertumbuhan kukuh dalam bidang pekerjaan dan pendapatan sejak empat tahun lepas.

Penggal kedua pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan kenaikan petrol dua kali tahun ini, diikuti dengan harga gula. Tarif elektrik, kadar kos pengangkutan awam dan tol di 15 lebuh raya pula dilaporkan meningkat tahun depan.Cukai barangan dan perkhidmatan pula akan diperkenalkan pada 2015.
Apakah punca Utama yang menyebabkan kerajaan perlu menaikkan pelbagai kadar dan mengurangkan subsidi?Adakah kerana amalan rasuah yang berlaku atau keborosan pembelanjaan oleh kerajaan?Pelbagai Jawapan lucu yang datang dari Menteri kabinet Umno BN yang Mana jawapan yang diberi umpama pelajar-pelajar tadika.kerajaan perlu menerangakan punca sebenar dengan memberi fakta yang boleh diterima pakai oleh rakyat.Apa yang pasti keborosan dan amalan rasuah inilah antara penyebab utama rakyat menanggung beban kerajaan.

No comments:

Post a Comment