Tuesday, 7 January 2014

PDRM HARUS BERLAKU ADIL DAN PROFESSIONAL DALAM MENJALANKAN TUGAS


KENYATAAN MEDIA 

7 Januari 2014 / 05 Rabi'ul 1435H

PDRM HARUS BERLAKU ADIL DAN PROFESSIONAL DALAM MENJALANKAN TUGAS 

Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Sarawak ingin menjawab tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap pemegang akaun Facebook "YB Sutan SINARO" yang nama sebenarnya adalah Yusuf bin Baharudin dan dia telah ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan.

Ini adalah berpunca daripada kenyataan beliau pada tarikh 27 Disember 2013 berunsur ugutan jenayah,mendatangkan kecederaan serius (memecahkan kepala) Ketua Menteri Sarawak. Beliau yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dia merupakan salah seorang yang memegang jawatan didalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan aktivis NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

PAS Sarawak mengecam keras unsur ugutan seumpama oleh mana-mana pihak dan individu, baik ianya daripada penyokong Pakatan Rakyat maupun dari penyokong kerajaan dalam laman sosial. Berpolitik secara sihat adalah satu proses demokrasi yang telus dan berhujah tanpa mengunakan kenyataan berbau ugutan ataupun perkauman adalah amalan politik global di dalam negara demokrasi berperlembagaan.

Kepantasan pihak polis dalam memberkas suspek untuk menyelesaikan kes amatlah dipuji. Persoalannya kenapa ugutan terhadap pemimpin pakatan rakyat tidak dilakukan sepantas itu?

Menteri besar Kelantan pernah diugut bunuh dalam laman sosial oleh seorang penuntut Ipta tetapi malangnya sudah hampir 3 tahun berlalu kes itu disenyapkan begitu sahaja. Begitu juga ugutan bunuh terhadap Yb Lim kit Siang dan terhadap ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam laman Facebook dan Twetter tetapi tiada tindakan dilakukan.

PAS Sarawak tidak mempertikaikan kewibawaan PDRM menjalankan tugas tetapi PAS Sarawak mengesa agar PDRM lebih konsisten dan adil dalam melakukan tugasan.

Pantas dalam melakukan siasatan ugutan terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat sepertimana pihak polis mengambil berat kes ugutan terhadap pemimpin kerajaan.

Andri Zulkarnaen Hamden @ Abusiraj almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan Pas Negeri Sarawak

No comments:

Post a Comment