Sunday 22 December 2013

PERKASA DAN UMNO SAMA SAJA…NAGA DAN BUAYA

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA menawarkan diri untuk mengambil alih peranan Umno dalam membela nasib orang Melayu kerana bimbang masyarakat tersebut kehilangan pengaruh politik.

Presiden NGO tersebut, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA kini juga hanya memberi sokongan bersyarat kepada BN dan tidak akan menjadi “barua” atau “perkakas” kepada Umno.

"Memang Umno menjaga kepentingan agama dan Melayu tetapi kalau Umno sudah lemah dan tidak bertaring, ayuh, PERKASA boleh jadi galang ganti untuk pertahankan kepentingan bangsa dan agama.

"Jangan retorik masa perhimpunan agung, jangan retorik masa pilihan raya, rakyat sudah cerdik, rakyat sudah tahu," kata Ibrahim yang menambah, struktur PERKASA kini lebih teguh dengan 500,000 anggota.


Persoalannya mampukan PERKASA mengantikan UMNO?Perkasa sendiri pun tidak mampu meraih sokongan melayu bahkan gagal dalam mempertahankan Islam.Bagaimana perkasa hendak mempertahankan Islam sedangkan ramai pemimpin dan ahli-ahlinya jahil hukum hakam agama.Kenyataan dari Ibrahim Ali ini hanya polemik dan retorik semata-mata umpama dengar boleh percaya jangan.Kenyataan ibrahim Ali ini telah disanggah oleh Isa Samad.

KENYATAAN ISA SAMAD SEPERTI DILAPORKAN OLEH MALAYSIAKINI

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad tidak yakin dengan kemampuan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, yang berhasrat untuk menggantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.
Katanya, tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalasUmno selama ini bukan tugas yang mudah.

Malahan, PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini, katanya.

"Ini cuma satu pandangan yang terlalu emosional. Nak ambil alih Umno bukan satu perkara yang mudah.

"Dia pun nasib dia, kita yang bela dan mereka banyak terima nikmat dari kita. Macam mana mereka nak ganti kita?," soalnya.

Ternyata Presiden Perkasa sememangnya dibuai mimpi di siang hari tanpa sedar terkencing didalam seluar.Cuba kita lihat apa yang perkasa telah lakukan selama ini untuk membantu bangsa Melayu.

Jawapannya tiada langsung Perkasa ini memberi manafaat pada bangsa melayu.Perkasa ini hanyalah juara memainkan sentiment melayu sama seperti Umno bagi menakutkan Melayu dan bukan melayu dan memecahbelahkan melayu demi kepentingan mereka.

Tiada beza perkasa dan Umno,mentaliti sama dan datang dari lubuk taik yang sama. 

Anda nilailah sendiri.
Islam yang difahami oleh PERKASA
Tiada ilmu jadilah jahil seperti ini

No comments:

Post a Comment