Tuesday 17 December 2013

BR1M DIBERI TAHUN DEPAN HELAH UNTUK MENUTUP MULUT RAKYAT

Malaysia insider melaporakan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Setelah digasaknya rakyat dengan berbagai kenaikan harga barang serta perkhidmatan dan keperluan asas kehidupan maka tiba masanya Umno bagi sogokan untuk menutup mulut rakyat dengan pemberian wang BR1M yang tidak seberapa ini.Ini adalah tektik untuk menawan hati rakyat.

Adakah rakyat akan termakan dengan habuan ini dan mengembalikan sokongan RAKYAT kepada Umno?Adakah dengan pemberian BR1M ini mampu untuk menampung kehidupan rakyat yang kian tersepit?Anda menilalah sendiri.

Terima kasih kepada pengundi umno…undilah lagi dan lagi!!!

No comments:

Post a Comment