Monday 16 December 2013

BILA NAJIB DAN MENTERI KABINETNYA JADI BADUT SARKAS..




Sebelum PRU13 banyak janji-janji manis dek madu ditaburkan oleh Najib terutama berkaitan kos keperluan hidup rakyat.berjanji bagai menanam tebu dibibir hingga sanggup menuduh pembangkang cuba menghasut rakyat.Sekarang mana janji itu,secara tiba-tiba harga barang,minyak,letrik,tol dan tambang kenderaan awam dalam jangka masa satu tahun sahaja semuanya naik.

Paling menyedihkan apabila mendengar alasan yang diberi mengenai kenaikan harga sesuatu barangan oleh pak menteri amat mendukacitakan dan boleh mendatangkan kemarahan rakyat.ia mengambarkan presepsi bahawa untuk menjadi menteri kabinet Najib tidak memerlukan seorang yang genius,cerdik dan pandai seperti Rafizi tetapi mesti bijak kelentong,merapu dan meraban.
Merapu dengan cilok baring agar orang kampung dan makcik felda terpegun dan terpesona.


Mesej dari seorang Rakyat untuk Najib,

Tak Apalah Dato Sri,
Dato Sri duduk rumah bil Eletrik berjuta-juta,biarlah kami merasai tarif Eletrik tinggi,

Tak apalah Dato sri,
Dato sri pakai kereta perdana baru,biarlah kami hutang kereta sampai mati,

Tak apalah Dato sri,
Dato sri makan lah mewah-mewah,biarlah kami buat air tanpa gula,

Tak apalah Dato sri,
Dato sri pakai driver,biarlah kami naik LRT yang tinggi harganya,

Tak apalah Dato sri
Semua kami berkorban hanya untuk Dato sri,sebab kami yakin kalau tiada parti Dato sri,maka bangsa kami melayu akan mati dan pupus.

Terima kasih dato sri….Naik lagi jangan tak naik,gasak sampai tertonggeng rakyat tidak mengapa asalkan melayu tidak mati.

No comments:

Post a Comment