Berlangsung di Hotel KK kajang malam tadi Wacana anjuran Pemuda PAS Kuala Langat dengan kerjasama beberapa NGO lain dengan tajuk "Turun kos Sara Hidup"menampilkan panelist utama ketua pemuda Pas Malaysia Saudara Suhaizan Kaiat dan Ahli parlimen Pandan Saudara Rafizi Ramli serta Moderator wacana Sheikh Umar.
Beliau Berkata Semasa Dato Sri Anwar menjadi Menteri kewangan kerajaan hanya mengambil daripada Petronas paling maksimum 3 bilion tidak lebih dari itu tetapi sekarang kerajaan mengambil 70 bilion.Satu angka yang sangat tinggi untuk dibelanjakan.
Kerajaan juga ada menubuhkan satu langkah yang dinamakan Nasional Blue Ocean Strategi dengan memperuntukan 40 juta untuk digunakan oleh Menteri Umno melaksanakannya. National Blue Ocean Strategi ini apabila ditanya pada Menteri Umno di parlimen,apakah peranan dan fungsi,mereka pun tidak jelas apa itu Blue Ocean Strategi itu sebenarnya.Itu adalah satu lagi pembaziran yang tidak manafaat pada rakyat.
Beliau membayangkan sekiranya PR mengambil alih pemerintahan negara,PR akan menyemak semula perjanjian-perjanjian kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi di mana perjanjian yang didapati berat sebelah akan ditamatkan.Perjanjian inilah yang menyebabkan bebanan kerajaan hingga rakyat menanggungnya.walauapapun perjanjian syarikat konsesi dikurangkan,mana-mana syarikat tersebut tetap mendapat keuntungan.
Pendapatan negara kata Rafizi lagi,tiada masalah kerana Malaysia adalah negara yang banyak sumber pendapatan tetapi masalah utama ialah perbelanjaan yang tidak berhemah dan berlaku pemborosan dalam mengunakan wang rakyat.
Sheikh Umar mengajukan soalan kepada Suhaizan,bagaimana untuk menarik perhatian Melayu walaupun dengan harga naik serta bermacam-macam lagi tindakan yang dilakukan oleh UMNO tetapi tidak membawa kesan kepada orang Melayu?
Suhaizan berkata orang Melayu marah pada Umno hanya bertahan 4 tahun selepas itu Umno datang hanya 6 bulan sahaja dengan membawa berbagai bantuan akhirnya Melayu lupa dengan kezaliman Yg telah Umno lakukan dan mengundi serta menyokong Umno kembali.Orang Melayu terutama di Felda dan kampung amat payah untuk berubah.Pendekatan yang terbaik kata Suhaizan bagi menyedarkan orang Melayu ialah dengan mewujudkan sekolah politik utk menyalurkan kesedaran dan ilmu politik.

No comments:
Post a Comment