ISU AZAN DAN TARHIM
MOHD SAID ‘SUCI DALAM DEBU’
Riuh seantero Malaya seorang lelaki melayu Islam bernama
Mohd Said bin Mohamed dari Taman Air Biru pasir gudang Johor telah mengejutkan
ramai orang apabila beliau dengan berani membuat satu laporan polis terhadap sebuah Masjid di
taman perumahan beliau iaitu Masjid Perjiranan 9 tmn Air biru kerana didakwanya
bunyi tarhim dan azan yang terlalu kuat.
Mana tidak kuatnya masjid dikatakan mengunakan 15 biji
corong speaker hingga boleh bergegar perumahan berdekatan. Malah rumah Mohd
Said dikatakan terletak seberang jalan angaraan 10 meter sahaja jauhnya daripada
masjid.
Nama Mohd Said terus melonjak popular.Popular hingga menjadi
sasaran hebat cacian masyarakat dalam maupun luar Johor.paling malang sudah
pasti di hentam teruk oleh jiran setaman terutama dari penduduk taman beliau
sendiri.maka cacian bukan sahaja datang
dari kariah masjid bahkan datang dari
yang tidak pernah jejak kaki langsung ke masjid maupun yang kuat lawan Islam
pun sibuk juga mencaci Mohd Said.
kalau nak marah dan caci Mohd Said janganlah sampai
melampaui adab Islam hingga sanggup naikan beberapa manila card dipagar rumahnya dengan tertulis ayat yang
mengarah beliau agar berpindah dari situ.Islam sendiri tidak mengajar
berkelakuan melampau seperti ini hingga menjatuhkan maruah insan lain.Ada
keadah lain yang dianjurkan oleh islam bagi mencari penyelesaian atas semua
perkara dengan adab yang terpuji.
Apa sebenarnya punca
ini berlaku?Semua orang tidak tahu sebenarnya.pihak yang kuat pengkritik dan
mengomen pun sama sahaja.hanya buat andaian semata-semata megikut nafsu.Masyarakat
diluar sana bertalu-talu memberi komen dan andaian negetif tanpa mengetahui
punca sebenar?kita harus mendengar kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan
perjelasan.banyak yang tersebar di alam maya hanya memberikan gambaran negetif
terhadap Mohd said.itu satu langkah yang amat tidak adil bagi Mohd Said.Saya bukan
mahu membela beliau sekurang-kurangnya berilah beliau peluang dan ruang untuk
menjelaskan sisi ceritanya.
Daripada cerita rakan-rakan dan kenalan beliau,Mohd Said ini
adalah seorang yang amat istiqamah dalam solat berjemaah dan hadir setiap sesi kuliah yang diadakah di
masjid.Mana mungkin seorang seperti Mohd Said sanggup berbuat perkara bodoh sebegini kalau tidak ada sesuatu cerita
berlaku disebaliknya.mengikut cerita mulut dari kariah masjid perjiranan 9 itu
sendiri bukan sahaja Mohd Said yang
mengadu bunyi bising malah kariah lain
juga ada yang mengadu kepada ajk masjid mengenai bunyi bising tersebut.bila azan
dan tarhim berkumandang tidak mengapa tetapi siri2 ceramah hingga berlarutan
hingga 11 malam ini mendatangkan masalah kepada penduduk perumahan yang tinggal jaraknya 10 meter dari masjid.
Saya ibaratkan isu ini umpama seperti tidak fahamnya mereka
tentang isu pengunaan kalimah Allah.kalau kita ambik dari segi hukumnya Rasullah
pernah menegur sahabat yang membaca Al-quran di dalam masjid dengan suara yang kuat.begitu juga perkara seumpama
Ini pernah ditegur oleh pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim pada tahun 2002 lagi.
Oleh yang demikian,pihak Masjid perjiranan 9 taman air
biru perlu bersikap bertimbang rasa atas aduan masyarakat sekeliling.agak-agaklah
dengan VOLUME corong speaker itu.jangan syok sendiri.banyak corong
speaker dan gamat suasana satu taman tidak bereti sudah alim dan warak Islamnya.Ada
yang lebih besar yang wajib kita
tentang di hadapan sana iaitu mereka yang
tolak hukum hakam Islam.
Abusiraj almuner
Plentong Masai Johor