Datok Abdul Rahman Hamzah |
KENYATAAN MEDIA
13 March 2014 (Khamis)
Kenyataan Media PAS Sarawak bertajuk
"KABINET SARAWAK KETANDUSAN PEMIMPIN MUDA" yang disiarkan didalam
akhbar tempatan Sarawak edisi Inggeris mendapat
kecaman hebat dari Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak Abdullah
Saidol yang juga merangkap pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN Sarawak dan
Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Timbalan Menteri Pembangunan Belia yang juga
merangkap Ahli Majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB).
Memetik kenyataan dari Abdullah Saidol dari
laporan Theborneopost.com pada 9 Mac, beliau berkata Kenyataan saya adalah
mengarut (nonsense) dan saya tiada pengetahuan (ignorance) dalam struktur
organisasi Barisan Nasional Sarawak.
Beliau juga berkata dalam pilihanraya umum
negeri Sarawak yang lepas, PBB memperkenalkan 10 muka baru untuk
diketengahkan malah katanya untuk
mengilap pemimpin muda yang pengalaman untuk matang di dalam pentas politik
memerlukan masa bukan dalam sekelip mata.
Kenyatan dari Timbalan Menteri Muda Datuk Abdul
Karim Rahman Hamzah yang dilaporkan juga oleh theborneopost.com pada 11 mac
berkata beliau meminta saya
mengkaji sebelum membuat kenyataan.
Selidik pimpinan BN di dalam Sarawak dan Pusat hatta wakil rakyat BN kebanyakan
adalah pelapis kedua dan ketiga yang dibawa masuk didalam parti untuk
berkhidmat.kebanyakan mereka adalah golongan profesional.
Saya mengangap ketua kedua pimpinan tertinggi
PBB ini tidak memahami maksud sebenar kenyataan media saya. Saya tetap dengan pendirian sepertimana
kenyataan yang saya keluarkan bahawa PBB
BN Sarawak gagal melahirkan pimpinan muda hingga menyebabkan ketandusannya.saya
juga bertegas bahawa saya tidak menyentuh mengenai wakil rakyat baru seperti
alasan yang dilontarkan oleh Saidol bagi menjawap kenyataan saya dan saya hanya
fokus pada senarai pembentukan kabinet baru yang dilantik sahaja.
Kenyataan media saya ada menyebut bahawa
rombakan kecil kabinet baru Sarawak masih mengekalkan muka lama dan ada
diantara menteri memegang lebih daripada satu portfolio malah ada diantara
mereka memegang 3 portfolio sekaligus.
Saya nak bertanya kepada keduanya, kenapa perlu
seorang menteri memegang 3 potfolio? Mana dia 10 orang muka baru yang
diketengahkan itu? Lagipun mereka yang dibawa masuk oleh BN seperti yang
dikatakan oleh Datuk Abdul Rahman Hamzah
adalah dari golongan profesional.Mustahil professional ini tidak punya kepakaran
yang diperlukan Adakah golongan profesional yang dibawa masuk ini tidak
mempunyai kelayakan?kalau hendak menjadikan pemimpin muda ini matang dalam
arena politik berapa lama pula masa diperlukan?
Ambil contoh mudah,lihat ketua pemuda PBB itu
sendiri.cuba bandingkan dengan usia ketua pemuda UMNO YB Khairy
jamaluddin.lihatlah perbezaan usia
mereka,ternyata itulah contoh dan jawapannya.YB khairy dalam usia begitu muda
terserlah bakat kepimpinan luarbiasanya hingga mampu menjadi idola setengah
anak muda.Peranan beliau dalam kabinet mengalah menteri senior.sekiranya YB
khairy adalah pemimpin muda di Sarawak sudah tentu beliau tidak kemana.
Ternyata alasan yang diberi oleh Saidol tidak
munasabah. Di dalam arena politik tiada istilah matang untuk memimpin. sebagai
ahli politik yang sudah bergelar wakil rakyat sudah tentunya wajib bersiap
sedia dalam apa jua keadaan berdepan dengan karenah rakyat maupun menerima
jawatan tinggi. Alasan yang diberi itu hanyalah alasan retorik semata-mata bagi
mengalihkan pandangan kepada persoalan pokok serta menutup kelemahan ketara
parti PBB BN sendiri.
Saya menyarankan keduanya Abdullah Saidol dan
Datuk Abdul Rahman Hamzah supaya melihat dan analisis kembali senarai kabinet
Sarawak yang baru itu. Adakah anda nampak 3 potfolio yang disandang oleh
seorang individul seperti yang saya katakan itu? Istilah dalam bahasa English
'Don’t beat around the bush'. Inilah persoalan yang perlu dijawab, mudah untuk
difahami bukan?
Adakah profesional yang dibawa masuk itu tidak
layak untuk mengisi satu dari jawatan tersebut?Malangnya bagi profesional muda
dalam BN PBB, anda tidak diberi peluang secukupnya. Sekiranya anda berhajat
untuk menyertai Pakatan Rakyat terutama PAS pintu kami sentiasa terbuka
menerima anda.
Apa yang menarik perhatian saya adalah calon
PBB BN di PRK Dun Balingian, yang dipilih Yossibnosh Balo.beliau adalah bekas
pegawai daerah Dalat yang dipilih sebagai calon.Yossibnosh tidak pernah telibat
dalam kepimpinan parti tetapi dipilih sebagai calon.kenapa tidak pilih sahaja
dikalangan pemuda yang sudah lama berkhidmat dan berada dalam kepimpinan
parti.ini sahaja sudah cukup sebagai jawapan
bagi kritikan Saidol dan Abdul karim Rahman.
Andri Zulkarnaen Hamden@abusiraj almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS SARAWAK
KENYATAAN MEDIA
13 March 2014 (Khamis) Kenyataan Media PAS Sarawak bertajuk "KABINET SARAWAK KETANDUSAN PEMIMPIN MUDA" yang disiarkan didalam akhbar tempatan Sarawak edisi Inggeris mendapat kecaman hebat dari Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak Abdullah Saidol yang juga merangkap pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN Sarawak dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Timbalan Menteri Pembangunan Belia yang juga merangkap Ahli Majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB).
Memetik kenyataan dari Abdullah Saidol dari laporan Theborneopost.com pada 9 Mac, beliau berkata Kenyataan saya adalah mengarut (nonsense) dan saya tiada pengetahuan (ignorance) dalam struktur organisasi Barisan Nasional Sarawak.
Beliau juga berkata dalam pilihanraya umum negeri Sarawak yang lepas, PBB memperkenalkan 10 muka baru untuk diketengahkan malah katanya untuk mengilap pemimpin muda yang pengalaman untuk matang di dalam pentas politik memerlukan masa bukan dalam sekelip mata.
Kenyatan dari Timbalan Menteri Muda Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang dilaporkan juga oleh theborneopost.com pada 11 mac berkata beliau meminta saya mengkaji sebelum membuat kenyataan. Selidik pimpinan BN di dalam Sarawak dan Pusat hatta wakil rakyat BN kebanyakan adalah pelapis kedua dan ketiga yang dibawa masuk didalam parti untuk berkhidmat.kebanyakan mereka adalah golongan profesional.
Saya mengangap ketua kedua pimpinan tertinggi PBB ini tidak memahami maksud sebenar kenyataan media saya. Saya tetap dengan pendirian sepertimana kenyataan yang saya keluarkan bahawa PBB BN Sarawak gagal melahirkan pimpinan muda hingga menyebabkan ketandusannya.saya juga bertegas bahawa saya tidak menyentuh mengenai wakil rakyat baru seperti alasan yang dilontarkan oleh Saidol bagi menjawap kenyataan saya dan saya hanya fokus pada senarai pembentukan kabinet baru yang dilantik sahaja.
Kenyataan media saya ada menyebut bahawa rombakan kecil kabinet baru Sarawak masih mengekalkan muka lama dan ada diantara menteri memegang lebih daripada satu portfolio malah ada diantara mereka memegang 3 portfolio sekaligus.
Saya nak bertanya kepada keduanya, kenapa perlu seorang menteri memegang 3 potfolio? Mana dia 10 orang muka baru yang diketengahkan itu? Lagipun mereka yang dibawa masuk oleh BN seperti yang dikatakan oleh Datuk Abdul Rahman Hamzah adalah dari golongan profesional.Mustahil professional ini tidak punya kepakaran yang diperlukan Adakah golongan profesional yang dibawa masuk ini tidak mempunyai kelayakan?kalau hendak menjadikan pemimpin muda ini matang dalam arena politik berapa lama pula masa diperlukan?
Ternyata alasan yang diberi oleh Saidol tidak munasabah. Di dalam arena politik tiada istilah matang untuk memimpin. sebagai ahli politik yang sudah bergelar wakil rakyat sudah tentunya wajib bersiap sedia dalam apa jua keadaan berdepan dengan karenah rakyat maupun menerima jawatan tinggi. Alasan yang diberi itu hanyalah alasan retorik semata-mata bagi mengalihkan pandangan kepada persoalan pokok serta menutup kelemahan ketara parti PBB BN sendiri.
Saya menyarankan keduanya Abdullah Saidol dan Datuk Abdul Rahman Hamzah supaya melihat dan analisis kembali senarai kabinet Sarawak yang baru itu. Adakah anda nampak 3 potfolio yang disandang oleh seorang individul seperti yang saya katakan itu? Istilah dalam bahasa English 'Don’t beat around the bush'. Inilah persoalan yang perlu dijawab, mudah untuk difahami bukan?
Adakah profesional yang dibawa masuk itu tidak layak untuk mengisi satu dari jawatan tersebut?Malangnya bagi profesional muda dalam BN PBB, anda tidak diberi peluang secukupnya. Sekiranya anda berhajat untuk menyertai Pakatan Rakyat terutama PAS pintu kami sentiasa terbuka menerima anda.
Apa yang menarik bagi saya, ketika ini adalah siapakah bakal calon prk PBB BN di Dun Balingian nanti, Adakah kereta yang sudah lama tersadai di bengkel akan dibawa kembali untuk dipandu semula? Kita tunggu dan lihat.
Andri Zulkarnaen Hamden@abusiraj almuner
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS SARAWAK