UMNO (United Malaya Organisation) sebuah parti Melayu haprak yang kononnya adalah perjuang bangsa Melayu dan Islam.Retorik ini diulang-ulang Siang dan Malam bertahun-tahun oleh media pencacai tanpa jemu.Sebuah parti yang diwar-warkan sekian lama ke kepala hotak rakyat agar mempercayai bahawa hanya pemimpin UMNO sahaja yang berjaya memperolehi kemerdekaan dan menafikan sumbangan pemimpin parti-parti lain dalam memperjuangkan kemerdekaan.Pemimpinnya kerap melaungkan Tiada Umno Melayu akan mati,tiada Umno gelaplah masa depan Melayu.
Kata-kata mereka ini mengambarkan bertapa jahilnya pemikiran mereka dan mencerminkan juga bertapa tersepitnya mereka untuk meraih sokongan bangsa Melayu sendiri kerana sokongan bangsa Melayu terhadap parti ketuanan melayu ini kian terhakis.Polemik Murahan dan Retorik dilakukan oleh pemimpinnya terserlah kebodohan mereka.
Cuba kita merungkai limpatan Sejarah sebelum kemerdekaan.Bangsa Melayu dan Umat Islam bersatu menentang penjajah melalui PKMM,Hizbul Muslimin dan Umno bagi mendapatkan kemerdekakan Tanah Melayu.Tiba-tiba pemimpin Umno jadi talibarut british hingga tertangkapnya pemimpin utama parti-parti lain kecuali pemimpin Umno.UMNO dari dulu hingga sekarang pengkhianat kepada Melayu dan Umat Islam kerana kuasa.
Ternyata sekarang kedudukan Umno sudah seperti telur dihujung tanduk.kian tersepit dan terdesak.Dalam situasi begini datanglah isu penyatuan yang dicadangkan oleh Umno.Penyatuan Umno dan PAS kononnya adalah cara terbaik dan terakhir untuk menyelamatkan Islam dan Bangsa Melayu.Perpecahan Melayu alasan mereka dari dulu dan sekarang adalah disebabkan oleh Pas.Malangnya bagi pas,belum berbincang dan belum berkata apa-apa atas cadangan tersebut sudah dilanyak serta dihentam kiri,kanan, depan,belakang oleh pemimpin Umno.Menuding jari pulak kepada pas kononnya tidak mahu bersatu.
Yang pasti PAS tidak akan menyelamatkan UMNO dan biarlah UMNO tenggelam bersama-sama dengan labu-labunya.Jangan kata PAS nak bergabung cium bau pun pas tak mau.Sejarah sudah tercatit pengkhianatan umno lama dulu dan PAS tidak benarkan dipatuk dua kali.
abusiraj almuner
PAS SIBU
Saksilah video ini….pengkhianatan UMNO
No comments:
Post a Comment