Tuesday, 24 December 2013

MASJID SARIKEI ROSAK TERUK..LAKMNS SIBUK LABUR PROJEK MEGA ?

Seusai program berkhatan kebajikan kami di bandar Sarikei,Sarawak pada November lepas,rombongan kami sebelum berpatah balik ke bandar sibu yang perjalanannya memakan masa sekurang-kurangnya Satu jam,kami singgah sebentar di Masjid Al-Muttaqin Sarikei untuk menunaikan solat.Masjid Al-Muttaqin yang terletak ditengah-tengah bandar Sarikei merupakan Masjid Jamek Utama bagi Masyarakat Islam beribadat dan mengadakan majlis keagamaan di Sarikei.
Sungguh memeranjatkan,bila kami memasuki ke dalam ruang solat Masjid,apabila melihat kondisi Masjid yang amat teruk.ketika itu lantai dipenuhi dengan air akibat hujan berlaku semalamnya.Baldi diletakkan di merata tempat diruang solat untuk menangkung air kerana syiling yang bocor.Sejadah sudah diletakkan diluar masjid ketika itu untuk dijemur kerana sudah basah.keadaan syiling masjid yang berlubang-lubang menyebabkan limpahan air hujan masuk ke ruang solat dan didalam masjid.

Kenapa jadi begini,Mana AJK Masjid yang diamanahkan untuk menjaganya?Masjid daerah sepatutnya tidak mengalami keadaan seteruk ini,kalau ada pun ia sudah segera dibaikpulih oleh pengurusan masjid sebelum ia menjadi lebih teruk.

Rumah Allah yang sepatutnya menjadi lambang Syiar Islam tidak diselengara dengan berkesan menunjukkan betapa tidak peka nya pengurusan Masjid ini.

Adakah permasalaah ini berpunca dari tiada peruntukan untuk membaiki kerosakannya?Mustahil,Masjid dan Surau  adalah terletak di bidang kuasa LAKMNS (Lembaga Amanah kebajikan Masjid Negeri Sarawak)dan LAKMNS mempunyai Asset dan kewangan jutaan ringgit.kalau tidak pun mana duit zakat yang dikutip oleh Baitulmal Sarawak yang diperuntukan khas bagi Masjid dan Surau.

Salah satu visi Lakmns adalah menyediakan infrastructur dan pasarana untuk kemudahan ibadat (Sila rujuk http://masja-sa.org.my/kenali-kami/misi-lakmns/)


Adakah peruntukan sudah disalurkan tetapi tidak digunakan pada sepatutnya?LAKMNS perlu siasat perkara ini sekiranya terdapat penyelewengan bantuan?atau LAKMNS sendiri tidak menyalurkan peruntukan?

Saya masih ingat pada awal November lepas,Isu ini telah dibangkitkan oleh seorang Berbangsa Melayu Islam Sarawak bernama Abdul Aziz Isa yang merupakan pembantu khas MP kuching,yang mana beliau persoalkan kreadiliti LAKMNS.Menurut beliau,sudah 2 kali beliau mengirim surat meminta perjelasan serta laporan kewangan dari LAKMNS namun permintaannya tidak dilayan.


Beliau dihentam oleh para penyokong PBB BN dan dituduh kenapa DAP yang beliau wakili mencampuri Urusan Agama di Sarawak.Beliau ada hak sebagai rakyat Sarawak dalam perlembagaan untuk menyoal berkenaan dengan dana awam yang melibatkan kepentingan rakyat.Mana-manapun organisi yang sah berdaftar,kesatuan,Ngo hatta parti politik sekalipun dalam Malaysia wajib membentangkan laporan kewangan kepada ahli maupun kepada rakyat.

Mana boleh segala pembelanjaan sesuatu dana awam dilarang untuk dibentang.Parti PBB maupun UMNO sekalipun sekiranya mereka mengadakan Mesyuarat Agung tidak terkecuali membentangkan laporan kewangan untuk ahli mengetahui pembelanjaan dan pendapatan parti mereka.

Pernah juga saya mendengar rungutan oleh kariah tempatan mendakwa mengenai kelakuan kepimpinan serta AJK LAKMNS dalam mesyuarat LAKMNS di dearah tempatan yang tidak membenarkan laporan kewangan didedahkan dengan alasan pembelanjaan dan pendapatan LAKMNS adalah rahsia.Satu alasan yang tidak munasabah langsung dan hanya boleh diterima oleh pak turut.

Begitu juga isu dakwaan yang menglibatkan Yb Ir Abdul Rahman Hj Daud,Menteri Muda di pejabat ketua Menteri ( Hal-Ehwal Agama Islam) dan Menteri Muda infrastruktur yang juga merangkap Pengerusi Baitulmal dan Waqaf Sarawak yang didakwa mendapat jutaan ringgit dari dana Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dengan cara menyalurkannya menerusi projek-projek mega milik syarikat peribadi beliau Eastbourne Corporation Bhd.Dakwaan ini tidak pernah dijawap dan dinafikan oleh beliau.




Pada hakikatnya peranan dan fungsi LAKMNS dan Baitulmal Sarawak telah gagal dalam visi yang mereka sendiri tetapkan dan mereka hendak laksanankan.Sekiranya infrastruktur dan pasarana masjid gagal dibaikpulih,apatah lagi program modal insan ,ilmu dan mengimarakkan masjid untuk melahirkan insan bertaqwa jauh sekali.

Saya ingin mengingatkan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Hashim yahya pada jun lalu,yang menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain dari 8 asnaf berdosa besar.

kepada pihak berkenaan dan berwajib tolong segera baiki Masjid Sarikei ini dan Masjid lain yang mengalami kerosakan serupa di Negeri Sarawak,agar masyarakat Islam dibandar sarikei atau musafir yang singgah untuk bersolat dapat  beribadat dengan selesa.Ingat Masjid adalah salah satu syiar Islam dan nabi apabila beliau sampai ke madinah perkara pertama beliau dirikan adalah masjid sebagai tempat ilmu dan ukhuwah masyarakat.

Persoalannya,andakah anda sebagai rakyat sarawak ingin bersubahat dengan dosa besar ini?kalau tidak marilah lakukan sesuatu untuk mencegah kemungkaran dan penyelewengan yang ada  sebelum anda ditanya dihadapan Allah di akhirat kelak.

Andri Zulkarnaen hamden @ hud abusiraj almuner
PAS SIBU

No comments:

Post a Comment