AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh.
Firman allah swt yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata:'Tuhan kami adalah Allah"kemudian mereka tetap teguh diatas jalan yang betul,akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa ( dengan memberi ilham ):"Janganlah kamu bimbang ( dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu ) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjiikan kepada kamu.
Surat Fussilat,ayat 30
Alhamdulilah syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana limpah dan inayahnya kerana masih diberi rahmat serta nikmat kehidupan daripadanya,menghirup udara dan memijak kaki dibumi yang luas terbentang ini semuanya adalah milik mutlak Allah ya rabb.
Mukadimah inilah titik permulaan bagi saya terus menulis denagn memulakan laman blog saya sendiri setelah sekian lama tulisan saya menumpang di laman-laman blog sahabat saya.Begitu juga saya ada menulis secara sinnis tulisan saya di laman mukabuka (FB abusiraj almuner) saya sendiri hingga terdetik dihati ingin menumpukan secara serious menulis untuk laman blog kepunyaan saya sendiri.
Saya akan menulis segala kisah isu semasa serta mehnah rakyat mengikut fakta dan bukan auta.Saya ingin cuba untuk membuka minda pembaca untuk menilai segala berita yang disiarkan oleh media perdana diluar sana dengan berita yang saya paparkan untuk dinilai.memang diketahui umum ada berita yang tidak disiarkan kerana untuk menyembungi fakta benar dari pengetahuan umum demi kepentingan pemimpin.
Janganlah tersinggung atas tulisan yang dipaparkan kerana kebenaran itu pasti pahit untuk ditelan.Segala tulisan yang dipaparkan nanti adalah fakta yang diambil dari sumber-sumber yang tidak diragukan.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM pada semua pembaca.
Sekian,wasalam.
Infiru
RAHMAT UNTUK SEMUA.
abusiraj almuner
No comments:
Post a Comment